SERAM : JANGAN KESIAN SEMASA MELAWAT JENAZAH - AURA blogger

SERAM : JANGAN KESIAN SEMASA MELAWAT JENAZAH






haii.. assalamualaikum.Harini kita amik mood seram yaa... hahaha.. takpe-takpe, jap lagi aii sambung taip. Bagi laluan azan maghrib dulu.. Okayy..


Selepas sejam... dah isyak.. jam menunjukkan 9.00malam. Kita sambung pengalaman seram aii.


TAHUN 2010

Bermula kisah-kisah pelik berlaku dalam diri aii. Bila cerita pada mak, kakak dan abah semuanya tidak percaya waktu tu.Nak cita pada adik? hem..lupakan aje. Dorang semua cop aii sbagai penakut. Memang aii dulu penakut sangat-sangat haaahahaha.. Jadi penakut pun sebab setan la kacau hidup aii.(masa tu nak ke toilet tengah malam pun rela tahan) Mujur tak mereng jee sikit lagi..

ARWAH Tok Angkat (Aka ibu angkat abah )

Meninggal akhirnya, setelah berpuluh-puluh kali terjatuh, tersadung dalam bilik air dan tangga ( mempunyai 6 anak tangga ..tinggi tak? korang boleh bayangkan? pernah sekali jatuh dari pagi, kami balik dari keluar beli barang dapur ..maghrib baru balik..( bayangkan keadaan tok :  tangan terlipat macam tu.. dari pagi ) . tangga penghubung nak ke dapur dan bahagian atas rumah ) tu bukan rumah aii. Tapi rumah tok yang didiami oleh anak saudara (mempunyai anak seramai 4 orang)..

Jenazah Dibacakan yassin secara beramai ramai.. aii waktu tu, (jantung macam nak tercabut.. takut campur sedih). Tetiba aii ternampak airmata si arwah mengalir. Dalam hati aii ( ' kesiannnya arwah.. meninggal ...,automatik  dalam hati cakap macam tu')  .. Setelah arwah dikafankan..jenazah dibawa ke tanah perkuburan, aii memang tak ikut ( memang ai ni lemah semangat ). Aii bersihkan bilik mandian jenazah.. Berbahang terasa.. tatau sebab apa la. Cepat-cepat keluar dari bilik tu dan masuk ke bilik arwah semasa hayat.. dalam ni lahai.. Habis meremang bulu roma. Seolah olah ada sesuatu memerhatikan..

Setibanya aii di rumah ..( Jarak antara rumah kami adalah dalam 4 buah rumah ).
Mak aii tegur ( eh,kaklang bau kapur barus laa..p mandi cepat.Asar nak masuk dah nihh. dalam hati aii, erm.. normal la bau kapur barus tu.. sebab aii tolong bersihkan bilik mandian jenazah, tolong semasa arwah di kafankan ..Tapi bagi mak aii PELIK! Seram dah muka mak waktu tu tau ).Okay, selepas aii mandi bau kapur barus tu semua hilang.


gambar sekadar hiasan





MALAM Kejadian...


Masuk tidur ke kamar dalam jam 10.30 malam macam tu.. dengan letih nye lagi. Letak kepala terus tidur.Adik beradik yang lain semua belum tidur.. (mereka masih hebat menonton cita melayu..drama hehehe.Waktu nie aii belum berkahwin lagi bertunang pun belum. Jodoh pun belum ada yang sesuai...menyelit la jugak.Kang ada yang tanya mana suami pulak dah).

Tengah lena dibuai mimpi.. tetiba ada tangan sejuk menyentap ibu jari kaki kanan. ( aii memang suka tidur telentang ).. lepas tu dalam hati aii cakap (haishhh.. kenapa la sepupu-sepupu kecik main tarik tarik kaki nie...aii alihkan kaki kanan. Lpastu ibu jari kaki kiri pula kena cuit.. pastu aii boleh teringat sambil bermonolog dalam hati "ehh..,ni dah malam. Mana ada sepupu datang.Dah tengah malam nih.".. Secara automatiknya aii terus alihkan kaki. Apa lagi.. aii terus bangun dan berlari ke ruang tamu sambil menangis ceritakan pada mak dan adik beradik yang lain.


notakaki : orang tua lama, memang ada pendamping

next ENTRI kisah seram aii berlaku lagi dan lagi..kali ini seisi keluarga kena kacau

SERAM : JANGAN KESIAN SEMASA MELAWAT JENAZAH SERAM : JANGAN KESIAN SEMASA MELAWAT JENAZAH Reviewed by azlina ina on 3:16 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.