SERAM : AKIBAT MULUT SERAM : AKIBAT MULUT - Beauty dan lifestyle

SERAM : AKIBAT MULUT

Assalamu'alaikum dan selamat hari Khamis.Yuuuhuuuu! cepat semua.. amik popcorn lekaihh. Heee.., dikesempatan ini aii taip artikel nie di siang hari la..Malam? Macam minggu lepas aii tengah busy taip, 'dia' bising kat meja makan. Siapakah gerangan? Biarkan aje..Hanya aii saja yang tau.. (Bertambah seram laa aii duk ketarr jari jemari duk taip entri).

Gulp! sambil menelan ayaq liuq .. ( jap..bila teringatkan peristiwa nie, aii rasa nak tercabut je jantung ).
Tersebutlah kisah.. hahaha. Okay aii serius.

Satu petang, selepas aii balik dari OOTD (outing Of The day kami anak beranak...) sesampai nya di rumah, Aii On Tv dan pasang DVD player. Kunon la.. pasang citer Seram tajuk DVD (Paku Pontianak) yang aii ingat, pelakon wanita Uqasha Senrose.. ( p la google nuu ).Aii pasang cite tuu jam 4.30 petang. Sorang je tengok.. masa nie anak baru seorang(sara baby..dalam beberapa bulan).Suami aii ? tak join cite seram. Lemah semangat memang tak digalakkan laa. Lepas sejam habis cite (paku pontianak). Aii membebel kat suami. "Abang! Tak seram langsung. Sikit pun tak seram la" kata aii. Jawab suami.. Awak p la berlakon.Baru seram. 


cuba ZOOM in.. tengok apa ada dalam gelap tu.. yang pasti ramai kawan-kawan kat facebook cakap ada sesuatu mengerikan.. em..,disebabkan kes ini.Geng paranormal nak buat aktiviti kat rumah aii






Ermm, beberapa minit kemudian.Aii dapat whatsapp dari seorang customer katanya nak produk shaklee URGENT. Selepas maghrib terus aii dan suami p cod barang customer pesan tu.Macam biasa lah, kalau keluar mesti nak makan luar.Dan lepak-lepak.. (kami laki bini kaki lepak malam...p join geng turbo).


Okay.. dipendekkan cerita jam 10.30 malam kami sampai di rumah kami. Sesudahnya sampai di pintu rumah.Apabila sliding Door dibuka.. (aii buka tau..!) aii separuh menjerit. Ini dialog aii " Abang! abang kencing hancing. Kenapa tak flush sayangg oii sebelum pergi COD tadi.Dah busuk satu rumah. Sambil aii memangku Sara yang tengah tidur.Hubby aii masa nie dia tercegat depan pintu dengan muka Blur sambil duk garu kepala yang tak gatal (mungkin tengah fikir, flashback dalam kepala).Beberapa minit kemudian, bau hancing tu semakin kuat..,semakin menusuk hidung.Ya allah.. memang sakit sangat hidung tau masa nie. 

Beberapa ketika, bau hancing hilang. Bau terbakar pulak menyusul. Aii arahkan suami la.. "Abang p check dapur ada plug terbakar ni".Dalam hati aii, Ya Allah.. lalai nya aku.Habislah nie rumah sewa.Kang tak pasal aku kena bayar gantirugi. Masa nie status menyewa.. (umah 3 bilik). Dan tak lama kemudian, bau tu semakin kuat.Dalam rumah semakin panik.Hubby? Sedikit pucat mukanya ,apabila plug plug di setiap bilik dan dapur takde yang terpasang atau terbakar.Hubby berlari ke ruang tamu mendapatkan aii. Bau kini bertukar ke bau COLOK (cina punya alat sembahyang).Dalam hati aii,, Eh..colok cina 3 deret perumahan boleh sampai kesini pulak baunya.Jengjengjeng.... secara tiba-tiba.Berbahang pulak satu rumah.. suami senyap.Kaku kat situ.. dan terus buka pintu sliding door.Aii mulut cabul.. kata."Abang... ni lain ni.Bukan nie.." em. Suami terkumat kamit baca surah 3 QUL dan ayatul Qursi. Lepastu suami buat cool buat rileks duk atas kerusi sofa sambil main enset. Aii dengan rasa tak sedap hati.. Terus aii selak langsir bukak.Nak tengok apa ada( suasana memang seram masa nie) kat luar dan aii sempat Snap gambar sekeping.


Beberapa minggu, baru aii terasa macam nakk tengok je gambar tu.Dan apa yang mengejutkan, semacam menyeramkan objek tu.. 

Oh ya, selepas insiden ni.Cik hubby terus percayakan benda-benda halus memang wujud.


Selama 5 tahun aii bertahan dengan rumah sewa nie tau, sementara nak tunggu rumah sendiri siap..(now, 2016 aii tak duk umah ni dahh..fuhhh)

pss: ada banyak lagii peristiwa menyeramkan berlaku sepanjang 5 tahun menetap disana.. (iyelah, waktu tu kan .. rumah memang payah nak jumpa.. dah la sewa murah RM 55O jee tahun 2013 ..aii p kerja punn jalan kaki je depan tu dah ofis)

sekian slot seram harini.. dipersilakan SHARE yaaa. 
assalamualaikum.. Bye.



SERAM : AKIBAT MULUT SERAM : AKIBAT MULUT Reviewed by azlina ina on 9:30 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.