SERAM : RUMAH SEWA MURAH

assalamualaikum..,haii selamat hari khamis. Macam biasa,slot SERAM menanti korang.Kali ini kisah Rumah Sewa Murah.Kisah ini, dari pengalaman aii 5 tahun yang lepas..

Kisahnya bermula, selepas kami berkahwin dan ini rumah sewa ke 2 Kami.Rumah pertama,sangat kecil.Tapi alhamdulillah,bersyukur sebab dapat duduk sendiri ( hanya kami suami isteri ) tapi apa yang tak bestnya,Bunyi anjing jiran sebelah asyik menyalak.Sangat bising dan juga kasut-kasut kami hilang dicuri oleh anjing..maybe..sebab hanya sebelah saja kasut hilang tiap pasang. (eemm,takkan orang nak buat ilmu kott).


Selepas 2bulan kami menyewa di rumah itu.Akibat tak puashati dengan jiran sebelah( dah cakap elok elok, tapi jiran buat taktau aje).Kami pun berpindah ke rumah seterusnya. Kebetulan laluan ke pejabat aii  one way (sehala) ke pejabat. ( tanpa berlengah lagi, terus kami berpindah). Jimat sangat nih.. pergi kerja pun hanya jalan kaki aje. Hanya suami yang bawa kereta ke pejabat.Masa ni baru beberapa bulan berkahwin,tiada zuriat lagi..(fasa honeymoon).kehkehkeh..


Bermula la kisah seram berlaku.. Pada mula tu, aii dapat rasa seram sejuk tau ..semasa nak cuci rumah.Biasa la kan, rumah tiada penghuni. Ada rasa semacam.. Tapi aii abaikan aje.Suami? dia taktau.Aii jee ada perasaan macam tu ( suasana macam rumah tok moh weiii, dinding colour merah di ruang makan.Rambut bersepah sepah, kertas surat khabar,buku-buku, kertas assignment dan apa yang peliknya ..setiap pintu bilik ada ayat qursi .Yang paling kelakar, dalam tandas pun ada weiii.. tahap penakut gaban betul la owner dulu..haiiiish)

Ohh, lupa nak bagitau korang. Aii dapat menyewa rumah ni 2 minggu sebelum puasa.Tapi aii dapat masuk bulan puasa.Penyewa tu keluar masa bulan puasa..(mula tu aii terfikir.Kenapa nak keluar bulan puasa?.Keluar la sekarang.)Hmmm.. bila tanya suami, katanya suami maybe penyewa tu nak berjimat gamaknya.Letih kalau menanya suami benda macam nie. Aii dah syak macam macam sebenarnya. (Dari mula masuk lagi...umah menyeramkan la.Ada potongan ayat alquran merata la).Tapi paling yang mengukuhkan lagi andaian aii, kenapa Owner rumah jumpa suami di luar untuk bagi kunci rumah tuu?? Tapi mungkin dia busy ke apa kan? kan? luar rumah bermaksud jumpa suami bukan di kawasan rumah sewa tu hokey.


TV DIPASANG

Selepas berbulan menduduki rumah sewa murah ini, setiap malam aii akan dengar bunyi (pada mulanya aii aje yang benda tu usik). Selepas kami masuk ke kamar tidur, akan bunyi perlakuan seperti apa yang kami lakukan ( bunyi seperti orang membuka telvisyen ). Seram tak korang? Bunyi memang sebiji macam kami duk pasang Tv (bunyi Tv di On ...siiiiing.Lepas tu, remote TV diletakkan atas rak tV Pula.Tapp!).Aii masa nih, oiii..jantung macam nak luruh tau dak.? huishhh.. sape tak takut weii. Aii dah la penakut jugak.Tapi aii buat buat berani je.Dalam hati hanya banyakkan bacaan ayat alquran sampailah tertidur. Keesokan harinya, aii langsung tak cerita pada suami.Kalau dia takut, macam mana kan? hehehehe.. so , lebih baik aii simpan je cerita ni.Satu hari tu pulak, rezeki suami nak dengar.. bunyi tu betul- betul kami suami isteri dengar,terus suami bergegas ke ruang tamu dan hasilnya,tiada pun tv terpasang.



MIMPI ANEH


Seterusnya, bila dah lama tak da bunyi bunyian. Tup tup aii pula mimpi seram . ( ada perempuan nak masuk melalui pintu belakang, dalam mimpi tu juga.Aii memang tak bagi.Lepas tu aii baca ayat- ayat al quran dan mukanya tiba tiba bertukar colour Biru, kemudian  hijau dan akhirnya dia menangis serta hilang begitu saja.)Terus aii terjaga dari mimpi tersebut. Okay, tu aii tak kisah la sebab hanya sekadar mimpi.Bukannya betul pun.Em.. untuk pengetahuan korang, dapur aii ni memang la menyeramkan sangat. ( jiran belakang tu pula, katanya rumah dia ada kelibat keluar masuk rumah..seram tak seram.) Aii belum tahap macam tu lagi tahap usikan dia.Berbalik kisah dapur aii,bahagian dapur basah aii keadaan dia suram la. Bilik belakang tu.., aii jadikan stor je..( rumah kos sederahana..ada 3bilik 2 bilik air. 2 bilik lagi biarkan kosong). 


 BURUNG GAGAK






Ada satu petang tu, aii goreng la keropok kat dapur basah..( cermin tingkap dapur tu gelap. ) jam menunjukkan jam 6.30 petang.Tiba tiba, ada seekor burung gagak .bertenggek kat tingkap..mujur tingkap tutup..( eeee,seram tau. Dahlah hitam.. mata burung gagak tu tenung aii jee.. mata bulat.Renungan tajam..tak kelip.gagak tu kat luar..lepastu, burung gagak tu ada bunyi.. Seram! terus aii berlari menjerit ke ruang tamu sambil mendapatkan suami. Aii cakap kat suami, dia pulak kata..Alaaaa, burung sesat je tu.takde apalah...aii tinggal je keropok atas kuali tuuu..hahahaha.Takut weii!.  Dan suami ambil alih kerja aii tadi tu.. Aii p bergegas mandi, takut kalau dah maghrib kan.Macam macam setan pulak yang kacau. Beberapa minit kemudian, aii dah siap mandi.Aii ikat tuala atas kepala tuu..aii duk dalam bilik stor (bilik stor tu ada tingkap sliding dan aii buka serta jerkah suami yang tengah mnggoreng keropok...hahaha.Pucat dah muka suami masa tu.. kikikiki).



KELUARGA MISTERI


Masa cuti ni lah, nak rehat sepuasnya kan.. letih.Selesai lakukan kerja rumah (mengemas dan memasak). Asar tu aii tertidur di ruang tamu. Mimpi pula,  ada sekeluarga datang satu lori ni.Nak berpindah masuk ke rumah aii pulak dah. Ada sorang makcik yang ikat rambut macam orang lama..berbaju kebaya. Ada budak kecil , dewasa,Pasangan suami isteri (dorang semua nampak gembira tak terhingga ) Tapi yang peliknya, aii tak izinkan pun,terus dorang turunkan barang barang masuk terus ke bilik belakang.. ( aii jadikan stor je ..tempat jemur pakaian dan sparepart kereta suami ). Hem ..selepas mimpi nie la.Benda pelik pelik banyak berlaku dalam rumah. ( ada kelawar masuk la maghrib hari ) .




MENGANDUNG ANAK PERTAMA


Yang ni paling seram setakat aii kena usik.Hari rabu, suami aii kena kerja malam. (kebetulan masa tu, Mcdonald baru nak buka..so, Cctv kena la pasang kat sana sampai siap). Aii masa nie dah preggy beberapa bulan tapi kandungan masih baru.Sambil menonton tv,dah bosan, aii main game kat laptop dan terus aii pasang youtube tengok cerita hantu kelakar..( Aii memang berani,,tapi lama tu aii rasa macam tak sedap je.Rasa meremang ..). Terus aii pasang Surah yassin. Lepastu bunyi ketukan pintu ( dalam hati, mungkin jiran belakang kott). Tapi sangkaan aii meleset, semakin kuat bunyi ketukan ...duuuum duuuuuuum duuuuummmmm.. haaaaa, jantung aii dah nak luruh.Sambil aii menangis.. Aii telefon suami. Teet teeet.. dengar suara suami dihujung talian...

Suami : " hello, kata suami. 

Aii.. "Abang, lambat lagi ke balik? Cepatlah abang. Ayang takut ni."

 Suami : "Kenapa pulak?" 

Aii : "Balik je bang,ayang nak ikut abang kerja.Tak kisah lah bang,ayang rela tidur dalam kereta pun sampai abang siapkan kerja".


Beberapa minit kemudian, suami aii sampai.. 


Dalam perjalanan dari rumah ke Mcdonald ( suami ada kerja disana ), aii ceritakan pada suami apa yang berlaku. Suami aii tergamam. 





ps: disebabkan macam macam gangguan aii kena usik, aii sekarang dah jadi semakin berani dari hari ke hari.. alhamdulillah.. Selama 5 tahun bertahan dirumah sewa tersebut.Suami pun ada kena ganggu, cuma dia taknak cerita jee. Haritu aii nak keluar makan (late dinner 10.30malam), aii dah masuk dalam kereta pun lepastu aii masuk bilik semula ( lampu ruang tamu semua dah tutup..jadinya dalam gelap la keluar masuk rumah ).Tetiba suami nak kunci pintu sliding .Suami selak langsir sliding, 


suami : "YA ALLAH!!! " . 


aii :  abang ni kenapa?  ayang tak keluar lagi ni.

Suami : Ehh,,tadi kan awk dah keluar, pastu? ada lagi kat dalam??? muka suami masa tu aii tengok dah separuh nak pengsan dah


Last sekali,untuk pengetahuan korang..owner ni pelik tau.Dia duduk balok je, tapi mak aii setiap kali nak bayar duit sewa..,kami kena bank in.Tak ke susahkan orang.. betul-betul pelik.KENAPA owner sendiri taknak jejak kaki ke rumah tuuu?? tengok apa yang rosak.KEADAAN rumah?? mak aihhh.. serba serbi rosak.(maklumlah..,rumah lama.)Kami kena repair..takboleh claim.

Setakat itu sahaja cerita SERAM untuk malam ini..
sekian,Assalamualaikum.


artikel lain : 

AKIBAT MULUT
 BADI  
POCONG


NOVEL SERAM : Semusim di MAHSYAR  KETIKA  AZAZIL BERPUTUS ASA

No comments:

Powered by Blogger.