TIPS KETIKA MEMBELI KASUT TIPS KETIKA MEMBELI KASUT - Beauty dan lifestyle

TIPS KETIKA MEMBELI KASUT

 assalamualaikum..Hai.Korang mesti suka kan entri ni.. Tentang pemilihan kasut.Apa tips dia yaa?? Yang perempuan korang mesti tersenyum sampai ke telinga.Setiap bulan mesti bli sepasang kan..(dalam kepala tu, mesti dah imagine nak kasut ape..brand apa kan?) Tapi bagi aii, janji kasut tu cantik dan selesa terus rembat satu. Macam aii ni pulak, dah pencen pakai heels 3 Inci.. (Teringat dulu, jari kelengking kaki tu tetiba keras..hemm,nak jadi macam strok ke erkk?? erkkk..mintak simpang.Sekarang pakai Flat aje.Taubat dahh..Selamat! lagipun nak dukung anak kan..


 
tips membeli kasut









Rekaan Kasut

 
Terdapat banyak rekaan dan jenis kasut yang ada di pasaran. Rekaan dari depan sampai bentuk ketinggian kasut. Oleh itu pilihlah rekaan kasut yang sesuai dengan keperluan. Anda boleh menyesuaikan kegunaan kasut yang hendak dibeli sama ada untuk ke pejabatr, acara santai, menghadiri majlis atau keperluan yang lain. Setiap rekaan kasut dapat menimbulkan kesan tersendiri dan mungkin tidak sentiasa sesuai dengan pakaian yang akan dikenakan. Jika untuk jalan-jalan santai mungkin anda dapat memilih jenis wedgetManakala untuk ke majlis, kasut jenis stiletto yang seksi. 


 Maklumat lanjut mengenai jenis kasut, dapat anda baca pada artikel berikut:



Jenis- jenis Kasut



 
Perhatikan kesesuaian kasut. Pilihlah kasut dengan pilihan yang sesuai dan selesa, yang tidak akan membuat anda terjatuh. Sebaiknya tidak memilih kasut yang terlalu tinggi incinya. Ketika anda mencubanya anda perlu berdiri atau berjalan dalam jangka waktu lama karana pemakaian kasut dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kaki luka atau cedera atau penyakit yang lain.Jangan terlalu memilih rekaan kasut mengikut trend terkini tetapi tidak sesuai dengan acara atau kesesuaian kasut tersebut. Yang penting adalah keselesaan ketika dipakai. Walaupun modelnya cantik tetapi jika tidak sesuai adalah lebih baik anda memilih model lainnya yang sesuai dan terasa selesai ketika dipakai.


Bentuk Kaki



 
Bentuk kaki antara seseorang dengan orang yang lain adalah berbeza. Ada bentuk kaki bulat, kotak, atau runcing. Memilih rekaan kasut yang sesuai dengan bentuk kaki sangat penting agar dapat merasa selesa ketika memakainya. Jika anda memiliki bentuk kaki kotak, sebaiknya tidak menggunakan kasut yang hujung meruncing karana akan menyebabkan sakit pada jari-jari kaki anda.




Warna Kasut


 
Menggunakan kasut dengan warna yang sesuai dengan pakaian pasti akan kelihatan menarik dan sesuai dengan penampilan anda. Sebaliknya, warna yang kontra atau bertentangan dengan warna pakaian akan mencacatkan penampilan. Pilihlah warna yang sesuai untuk kasut anda dengan warna pakaian yang akan digunakan pada acara tertentu.Warna-warna yang sesuai adalah seperti hitam, putih, kelabu, coklat atau krem dapat menjadi pilihan dan menjadi warna yang perlu dimiliki karana warna ini sesuai untuk semua warna pakaian yang Anda miliki.


Waktu Membeli


 
Membeli sepatu sebaiknya dilakukan pada petang hari. Pada waktu petang, kaki telah melakukan banyak perkerjaan sehingga berada dalam ukuran paling besar sehingga tidak terasa sempit. Apabila membeli kasut pada waktu pagi atau tengahari ia bererti kaki anda tidak berada didalam ukuran maksimum. Jadi, Walaupun ketika membeli anda merasa sesuai dengan ukuran kasut, tetapi setelah dibeli dan digunakan pada sebelah petang, kaki boleh menjadi melecet karana sempit.


Mencuba Kasut


 
Cara terbaik sebelum membuat keputusan membeli kasut adalah dengan mencubanya. Dengan mencubanya, anda dapat menentukan ukuran kasut telah sesuai dan memberi keselesaan. Ukuran kasut adalah berbeza dan berubah seiring bertambahnya usia, maka jangan mengatakan untuk membeli satu ukuran sepatu yang biasa anda pakai tanpa mencubanya karana tersalah pilih, kasut boleh jadi sempit atau longgar.Menentukan ukuran juga perlu diambil kira sama ada anda mahu memakai sarung kaki atau stokin. Jika anda selalu memakai sarung kaki atau stokin, pilihlah kasut dengan ukuran yang lebih besar dibandingkan dengan memilih yang ukurannya muat-muat sahaja.

Ketika mencubanya, pakailah kasut kedua-duanya atau sepasang, dan jangan mencuba sebelah kasut sahaja. Kerana kemungkinan disebelah sesuai manakala disebelah lagi tidak sesuai. Faedahnya cermin yang disediakan adalah untuk melihat tubuh secara keseluruhan. Dengan melihatnya, anda dapat menentukan sama ada kasut tersebut sesuai dengan bentuk tubuh atau tidak.Jangan hanya duduk atau berdiri tanpa bergerak ketika mencuba kasut. Gunakan kasut untuk berjalan di dalam kedai. Lakukan gerakan duduk berdiri beberapa kali. Rasakan, apakah sepatu terasa selesa ketika digunakan berjalan atau tidak.




Pilih Kasut Yang Sesuai


 
Yang paling penting adalah memilih sepatu yang sesuai ketika digunakan. Anda rasa selesa ketika memakainya. Anda dapat melangkah dengan lebih berkeyakinan tanpa perlu menyiksa kaki atau menangung sakit.




sekian tips dari AURA Blogger

TIPS KETIKA MEMBELI KASUT TIPS KETIKA MEMBELI KASUT Reviewed by azlina ina on 10:01 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.