[ VIRAL ] Cerita disebalik Kemalangan Harimau Bunting Di LPT2

harimau yang mati dilanggar di LPT2


CERITA SEBENAR DALAM KES LANGGAR HARIMAU Dalam perjalanan saya dari Kuala Lumpur menuju Exit Ajil, keadaan jalan agak gelap gelita. Tiada kenderaan dalam radius 500 meter dari kendaraan saya dan bila saya lalu di KM320, saya sudah melalui di jalan yang gelap gélita, tiada kenderaan lain selain kereta saya.

Sepanjang perjalanan saya itu, hujan turun dgn lebatnya dan angin lintang juga yang agak kuat. Oleh sebab itu, sy memandu kereta agak perlahan, lebih kurang 100 ke 120kmsj. Setelah melepasi KM320, hujan mula berhenti dan kawasan menjadi amat gelap.

Setelah melintasi KM321.1, lebih kurang 5 meter dari saya, saya terperanjat kerana saya ternampak harimau berlari melintasi kereta saya dari arah kiri menghala ke kanan. tapi nasib tidak meyebelahi harimau tersebut kerana jarak yang terlalu dekat, lebih kurang 5meter dari kenderaan saya, saya tidak sempat membuat apa2 dan trelus terlanggar harimau tersebut dan harimau itu mati di tempat kejadian. Dalam keadaan yang terperanjat, saya berhentikan kenderaan di jalur kanan untuk beberapa seketika, dan terus memberi signal dan membawa kereta saya lebih kuräng 100 meter dari tempat kejadian kerana khuatir berkemungkinan ada harimau lain berdekatan.

Harimau itu agak besar, dalan anggaran 170kg ke 180Kg.

Info terkini yg saya dapat dsri sumber Perhilitan mengatakan harimau yg sy langgar itu sedang hamil adalahTIDAK BENAR..
kononya dikatakan baby harimau yang mati dilanggar

anak harimau yang mati kononny

No comments:

Powered by Blogger.