9 TEKNIK : SotonG Celup TepunG SEDAP & RANGUP

3:38 PM
Assalamualaikum..selamat petang semua.Mesti mengantuk kan korang sekarang..time time macam ni? hikhikhik..juling dah biji mata tuu yerkk.(Yang mana duk dekat ofis yee..tambahan pula,perut kenyang..perghh.Lagi laa layan mata tuu.)

Entri kali ni kan ,ina nak kongsikan kepada korang.Resipi ina sendiri.
Bagaimana nak masak SOTONG CELUP TEPUNG yang SEDAP,RANGUP,hmmm.. Mesti berpinggan cik abang bertambah nasi..


"Ina banyak dah cuba pelbagai resipi sotong celup tepung..
ada yang menggunakan tepung beras..tepung jagung...tapi resipi ni...,Bikin MUDAH. Bahan paling mudah ditemui kat dapur korang"


SOTONG CELUP TEPUNG

 
resipi: sotong celup tepung

BAHAN BAHAN 

Sotong (5 ekor )
Tepung gandum (1 cawan) 
sedikit Garam
Serbuk Kunyit (Bagi warna sotong tu cantik sikit)
Telur (1 biji) = Berfungsi untuk melekatkan sotong bersama tepung
Minyak Untuk menggoreng 


CARA CARA :

1.   Cabut kepala sotong..buang mata sotong..buang mulut sotong..buang dakwat sotong..yang warna hitam tu.. hiris secara membulat sotong itu..siap potong!
ehhhh...,yang ini pun kena bagitau.Hihihihi..sebab nanti ade yang tertanya tanya..macam mana lee nak potong sotong? (Nii kat sini ade caranya.. )

2. Apabila Sudah cuci bersih sotong tu.. pecahkan sebiji telur tadi dan masukkan kedalam sebuah mangkuk yang mempunyai sotong siap potong tadi tu.Gaulkan..perasakan dengan sedikit garam.

3.Mangkuk lain ( masukkan tepung gandum secawan bersama kunyit serbuk...,hat ni kalau tepung tidak mencukupi,silalah tambah.)

4. Panaskan kuali.Masukkan minyak masak 

5. Ambil beberapa sotong yang telah diperap bersama telur tadi dan gaul sebati bersama tepung ( cara mudah : masukkan sotong tadi itu kedalam bekas tupperware yang ade penutup dan goncang.Sangat mudah kaedah ini, sebab tidak menggotorkan tangan dan ia sebati..mudah melekat pada sotong dengan sekata)

6. Masukkan adunan no 5 kedalam kuali yang panas tadi. 

7. Goreng sotong dalam minyak yang banyak ( biar garing ...ini TIPS bagi sedap yaa) barulah RANGUP..krap krup krap makannya

8. Macam mana nak tau sotong tu masak betul?? kalau dia meletupp,maknanya tu..Dah boleh diterbalikkan sebelah bawah keatas. Dan seterusnya..terus angkat dan tapis .(Guna tisu serap minyak sotong tuu)

9.  Sedia dihidangkan..

Okay,,korang.Selepas ni,korang tak perlu lah order kat luar dah yee..
sebabnya korang dah BOLEH buat sendiri..Dengan air tangan korang.Dengan ikhlas hati memasak..di tambah memasak dengan COOK WITH LOVE...,adeiiii.. Konpom suami sayang lagi laaa lepasni.Anak anak pun suka.

Eh,, lagi kan,.. korang perasan tak?? kalau beli makan dekat luar.Sotong Celup tepung ke JEJEMPUT niii?Bulat.. rasa tepung punya lah banyak...Sotong nyaa,masyallah.Secoettt kecil.. haihhh..Tak berbaloi langsung.. 



TIPS:

1. Korang jangan CAMPAK kesemua SOTONG kedalam TEPUNG tu yaa.. 
sebabnya nanti, jadi macam jejemput.GORENG jadi tak CANTIK! Tapi Kalau korang suka macam jejemput macam tu...bolehlahh cuba.  ( Nak goreng, baru masuk dalam tepung dan terus MENGGORENG )







4 comments:

Powered by Blogger.