AWAS! jika 6 TANDA JERAWAT ini ada pada anda

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin..Selamat berkerja semua..Sebelum lakukan kerja elok la dahulukan kerja kerja anda dengan bacaan ayatul qursi mahupun sebelum keluar rumah..Semoga anda semua terlindung dari segala musibah.Insyallah..


jerawat pada wajah


Entri hari ini, nak share Kenapa JERAWAT tumbuh di sesuatu bahagian badan dan wajah anda.Mesti ada sebab..takkan saja saja je kan..? Jom teruskan pembacaan anda..

1. DAHI >> Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

2. HIDUNG >> Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


3. DAGU >> Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

4. PIPI KIRI >> Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

5.PIPI KANAN >> Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

6.  PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) >> Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

Ini kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku, untuk lebih kepastian silalah jumpa doctor yang lebih pakar.
type='text/javascript'>