AYAM MASAK MERAH(Versi KENDURI) - AURA blogger

AYAM MASAK MERAH(Versi KENDURI)

Assalamualaikum.. selamat hari selasa.
Dikesempatan ini, sudah nak RAYA HAJI kan kan? Ina sedekahkan Resipi ini.Moga moga, bermanfaat buat semua.Nak buat jual pun..Tiada masalah.Ina izinkan..

"Ina bukanlah tukang masak..Tetapi minat memasak untuk suami dan anak anak.Bila kesayangan kita makan,,, seronok yang amat.Ina selalu Try and error dalam masakan nii."
ayam masak pedas versi kenduri


AYAM MASAK PEDAS (versi KENDURI)

BAHAN BAHAN :

Ayam Seekor (Dipotong dan dibersihkan)
Serai  2 tangkai
Minyak Sapi ( 3Sudu )
sedikit Minyak masak (untuk menumis)
Buah Pelaga (3 biji )
Bunga lawang (3 biji )
Cengkih (3 tangkai)
Kulit Kayu Manis (1batang)
Bawang merah ( 10 ulas): lagi banyak guna,lagi sedap..lagi pekat sambal
Bawang Putih ( 3 ulas)
Cili Kering (5 Tangkai )
Cili kisar @ cili BOH (2 Sudu)
Serbuk Kunyit ( 3 Sudu )
Gula kabung @ gula melaka( yang ni opptional aje..nak letak atau tidak..terpulang)


CARA CARA :

1. Perapkan ayam bersama garam + serbuk kunyit + cili boh dan Goreng ayam sehingga masak.Jangan terlalu garing..cukup berjus aje ( TIPS : agar ayam tidak mudah basi ) . Ketepikan ayam..

2.Tumbuk bawang merah bersama bawang putih sehingga lumat ( TIPS: nak blender boleh..,tapi RASA kurang umppph..Maaf yaa)

3.(panaskan kuali) .. Masukkan sedikit minyak untuk menumis dan juga masukkan minyak SAPI (3sudu) (TIPS : inilah RAHSIA UTAMA dalam masakan lauk kenduri ni..aroma nyaa...)

3 (i) Tumiskan buah pelaga,bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis bersama kedalam no 3 (RAHSIA seterusnya.. Bau inilah yang jadi lauk kenduri.Sedapp sangat.. )

4. Masukkan bawang putih,bawang merah,halia dan serai (diketuk) serta tumiskan.

5. Biarkan seketika di dalam kuali.Tumis sehingga naik bau..

6. Apabila sudah garing. Masukkan pula cili kering ( ditumbuk) bersama cili Boh tumis sehingga pecah minyak ( Maksudnya disini : Lada tu garing bukan hangus yaa.. lada tersebut akan mengeluarkan minyak..) ini pun RAHSIA dalam masakan juga.

7.  Masukkan gula kabung(separuh aje) kedalam step 6.

8. Masukkan ayam yang telah di goreng itu keadalam step no 6 ..perasakan dengan garam .Gaulkan sebati.

9. Tambahkan air sedikit.. Biarkan kuah mendidih dan pekat.( Masa ni.. ya ampunnn, sedap sangat aroma diaaaa.. menusuk nusuk ke hidung .. nyum nyumm)

10. Tutup Api  ,Sedia dihidangkan


**Ayam masak pedas ini sangat sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi putih pun bolehh**

Selamat mencuba.... 






AYAM MASAK MERAH(Versi KENDURI) AYAM MASAK MERAH(Versi KENDURI) Reviewed by azlina ina on 1:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.