TONIK VIRAL

tadaaaaa...suka sangat suami ina semalam sebab dapat buat macam JUS LEGA tu haa. Tersengihh dia.

assalamualaikum..
salam jumaat.Hari ini ina nak berkongsi sedikit pengalaman dalam pembuatan Tonik VIRAL. Kenapa panggil tonik VIRAL? sebab tonik ini majoriti orang buat..sudah menjadi kegilaan ramai.Ramai yang mencari.. macam suami inani..kikiki..Contoh la kan

Proses pembuatan..agak sedikit renyah.Memang Kemurungan la jawab nya..hihihihi.Sebab kena kupas bawang putih yang agak leceh..bagi ina la..(kalau nak mudah,, boleh beli bawang putih siap kupas dahh)

Okay.. dekat sini ina sertakan sekali resipi dia...tapi ni Versi ina la kan..(setengah orang,sukakan jus ni warna oren..cair)

Blendkan halia dan bawang putih secara berasingBahan :
100g (panjang 125 mm) halia muda,
7 labu bawang putih,
6 biji lemon juice,
cuka apple cider (1 cawan )
madu lebah (1cawan).. (ina pakai madu tualang..sebab tu kot jadi warna jus ni gelap sedikit)

Cara penyediaan:
an menggunakan 125 ml air tiap-tiap satu.

Campurkan air halia yang telah diblend dengan lemon juice dan cuka apple cider mengikut sukatan diatas.

Panaskan ramuan campuran menggunakan api kecil selama 45 hingga 60 minit. Masukkan air bawang putih kedalam campuran yang dipanaskan pada 10 minit terakhir.

Biarkan campuran yang telah dimasak sehingga sejuk.

Akhir sekali masuk madu lebah kedalam ramuan campuran , kacau dengan sudu plastik hingga sebati sambil diiringi bacaan Al Fatihah dan selawat atas Nabi s.a.w. Simpan ubat di dalam bekas kaca bertutup di tempat sejuk.

Cara makan:
Minum 1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan pagi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur semasa perut kosong.

(( semalam sebelum tidur ..ina dah test makan. Sedapp,tak manis sangat..(semut pun TAK NAIK pada botol nii.hihi) dan beberapa minit selepas makan TONIK niii... Siap terkentut kentut lagi niii.. kahkahkahkah..tersenonoh punya la kan.Tak menyempat angin nak keluar yaa.Dan bangun pagi ni.., badan ringan dan tak penat lahh))

Okay, memang dapat JIMAT duit buat sendiri dekat rumah nii.. berBALOI..dapat 2 Botol.. bagi tonik ni..





type='text/javascript'>