3 Langkah Mudah ( MENYIANG IKAN) - AURA blogger

3 Langkah Mudah ( MENYIANG IKAN)

Assalamualaikum.. selamat petang.Harini ina  tiba tiba dapat idea untuk upload bagaimana hendak menyiang ikan. Korang mesti sudah pro kan bab ini? okay..alhamdulillah.

Tutorial ini bagi mereka pula yang masih tak pandai bab bab menyiang ikan.. (ehehe,ina dulu kan, masa bujang..siang siang aje..hancur.Terburai ikan..Siap jadi ikan masin lagi tahap hancur ikan tu tau.)Semenjak bertukar title isteri dan juga seorang mama beranak 3 ni.. dah semakin ada improvement sikit lahh. Hihihii ..Yang penting, kena rajin makan ikan lah.. rajin memasak. kikikiki..opsss!! terbebel la pulak nii..okay okay..in aminta ampun yee.


Ikuti tutorial bergambar cara siang ikan ini..

Ikan kerisi


Langkah PERTAMA :

Dapatkan ikan dipasar.. tidak kisah ikan apa pun.
Ina ambil ikan kerisi, pegang ikan macam dalam gambar diatas yaa..


Langkah kedua : cara menyiang ikan 


Langkah KEDUA :

Selak kepala ikan begitu.. seperti dalam gambar diatas.
Ambil pisau, dan letak pisau pada badan ikan serta terus belah perut..



Langkah KEDUA(II):  Cara menyiang ikan


Langkah KETIGA :cara menyiang ikan
Langkah KETIGA:

Keluarkan isi perut ikan serta insang ikan nya sekali..
Buang segala perut serta kekotoran didalamnya
Buangkan sisik ikan sekali dengan cara mengikis sisik ikan (menggunakan pisau yang tajam.)
Akhir sekali,jangan lupa kelar badan ikan itu..supaya bahan ramuan perapan ikan mudah meresap masuk kedalam dan juga cepat masak


Cara lain potongan ikan

**Cara lain belah di atas bahagian badan ikan. Serta keluarkan isi perut ikan melalui di kepala.Dengan cara ini, perut tidak pecah pada bahagian bawah ikan.. Sisik tidak perlu di buang.. bagi mengekalkan kemanisan ikan tersebut. (Basuh sebersih bersihnya ikan tersebut)


Taraaa...Siap!! mudah kan..siang ikan.


Okay,, lepas ni korang tak perlu dah mintak penjual siangkan ikan ni.. buat sendiri aje dekat rumah.. Lagipun, bukan semua penjual menyediakan khidmat siang ikan ni tau.

Sekian tutorial,dari sang Aura~~
3 Langkah Mudah ( MENYIANG IKAN) 3 Langkah Mudah ( MENYIANG IKAN) Reviewed by azlina ina on 4:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.