ELLIPS : Wahh..wanginya rambut ELLIPS : Wahh..wanginya rambut - Beauty dan lifestyle

ELLIPS : Wahh..wanginya rambut

hai..selamat bercuti di ucapkan kepada seluruh rakyat malaysia atas kejayaan ( atlet sukan) sukan sea 2017 yang mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa, sekali gus mengetepikan juara bertahan Thailand di kedudukan kedua..Ada ke yang bekerja? Kalau korang bekerja,pastikan majikan membayar 2 kali ganda gaji hari ini ya..


ellips..kapsul rambut

Pertemuan kembali

Okay..sebenarnya entri kali ni..ina nak kongsi kisah bahagia ina.Ehem..taraaaa. Nak tau? ina sudah temui pewangi rambut.. (sebelum ni cari..mesti misi gagal..)pewangi ni lahh dari zaman anak dara lagi ina gunakan.Wangi nya..masyallah. Sangat sangat wangi..(bolehlah untuk menggoda pasangan korang..suami masing masing)

Berbaloi penggunaan
Satu papan ni mempunyai 6kapsul pewangi. Yang mana boleh digunakan selama 3minggu.. wow! jimat kan.Kekadang tu..ina guna 1kapsul untuk seminggu..iya.Memang betul jimat niii.. Golongan macam ina,boleh la kot no..Golongan tak berapa nak ada nii.Ehehehehe..seriously.Tersangat jimat.

Wangi
Selama seminggu,bau wangian kapsul itu melekat pada rambut.Bertudung pun rambut masih kekal wangi.. Memang tidak ralat jika membeli kapsul Elips nii. Dengan bersifat pekat serta tidak melekit..sangat bagus disapu pada rambut serta mudah di urus .

Curang
Pernah juga curang dengan pewangi ni..akibat terpengaruh produk semasa..viral.Akhirnya,ini juga ina cari..


Dekat mana nak dapat?
pewangi rambut jenis kapsul ini boleh didapati di store store Guardian dan Watson.Harga mampu milik..jika tidak silap ina sepapan RM 5.30..mempunyai pelbagai pilihan bau.. pilihan ina pink (untuk rambut rosak) dan Warna coklat (rambut mudah diurus).

Review ni hanya suka suka je sebab ina sudah terjatuh cinta akan kewangian produk ni.

Jika sesiapa berminat nak ina review produk.. terus emel di Sang Aura . Produk anda juga akan di review di Instagram Sang Aura 

ELLIPS : Wahh..wanginya rambut ELLIPS :  Wahh..wanginya rambut Reviewed by azlina ina on 1:28 PM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.