KARI KEPALA IKAN AYA Resipi Zaman Berzaman (ADABI)

Kari kepala IKAN AYA ADABI



kari kepala ikan aya

*gambar ihsan google


Disebabkan suami takut akan kolesterol, jadinya.. ina memasak kari tanpa menggunakan santan. Maka, terhasillah KARI IKAN AYA versi india..

Dulu dulu masa kahwin, ina memang tak reti nak memasak lauk kari.Memang menangis nak buat.. hahaha.Zaman dulu, asyik tanya mak aje tepon mak.Sekarang, hari hari buat, hari hari try and error ada la jugak hasilnya.. tehehehe.

Kari ni juga, ina hasilkan jika  darurat.. hekhekhekhek..kadang tu, nak buat kari bersantan.Kelapa payah jumpa.. hihihihi.Santan kotak, tak reti guna.. ini lah kari versi India yang mampu buat.MUDAH!




Bahan bahan :


*10 ulas bawang Merah ( tumbuk halus)
*3 Ulas bawang putih (tumbuk)


3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari ( ina dah lama tak guna, sebab memang payah nak cari)
1 paket Rempah Kari ikan jenama ADABI
2 Biji ubi kentang
Secubit garam
Air secukupnya
1 inci Lengkuas
1 keping Asam Gelugor

Cara buat kerisik : (ina tak Letak pun.. sebab kerisik ni biasa orang buat untuk kari jenis bersantan. Saja ina bagi Tips kerisik )

Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga pecah minyak ( pecah minyak maksudnya : warna kelapa parut bertukar warna kekuningan keemasan) jangan hangus.. hangus, jadinya kari itu jadi pahit.



CARA CARANYA :

1.  Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak masak.

2. Masukkan pelaga, bunga lawang ,bawang merah,bawang  putih yang telah di tumbuk dan  rempah kari Adabi kedalam periuk.Tumis sehingga ia pecah minyak ( bermaksud : bahan tumis mengeluarkan minyak serta terbit bau). 

3. Selepas itu, masukkan kepala  ikan aya dan ubi kentang. Ratakan ia bersama rempah tersebut.Biarkan ia mesra. Biarkan ia menggelegak seketika.

4. Masukkan DAUN KARI (ina tak letak, memang payah nak cari sejak duduk sendiri.. kat pasaraya adajual,tapi jual sejambak )

4. Masukkan air suam Mengikut kepekatan kuah yang kita inginkan.

5. Biarkan kari dimasak selama 15minit, agar ikan dan ubi kentang tersebut betul betul masak.. (ubi kentang empuk).

6. Siap! Matikan api. Dan sedia dihidang..




Selamat mencuba! #Kariadabi #karistylemamak #karitanpasantan


**Kuah kari ni sedap dimakan bersama Roti Puri.. resipi di SINI
type='text/javascript'>