PERABOT TERPAKAI - AURA blogger

PERABOT TERPAKAI

Selepas kejadian Akibat Terlalu Kesiankan Jenazah 
 di entri lepas. Gangguan banyak datang di rumah keluarga aii masa nie. Pergi Kerja mesti Mata lebam .. zaman aii nie 2010 mana Nak ada internet WiFi kat rumah. Whatsapp ,telegram belum wujud lagi..(tak cukup tidur akibat gangguan dari jam 11 sampai ke subuh).


Kisahnya begini.. satu malam tu, aii tak boleh tidur. Tetiba bunyi atas atap (zink je..rumah orang susah) ..adik beradik lain dah nyenyak tidur.. masing masing sekolah Dan Kerja. Abah? Suka jalan malam, ngeteh jam 2 3 pagi baru balik.Mak pula,orang pertama yang masuk tidur seawal jam 10malam. Okay,berbalik bunyi atas atap tu. Korang rasa bunyi ape?? Kucing? Ayam? Ehhh,taklah.Memang rumah aii Susana kampung.. rumah rapat la juga Antara atap rumah jiran sebelah tu. Tapi apa yang pelik, bunyi pasir jatuh atas zink atap (aii fikir,Ohhh.. Lena la sikit hujan malam nie. Kalau tak,kepanasan)  . Kami tidur satu bilik mempunyai 3 orang ahli (katil double decker..aii share dengan Akak dan adik perempuan no 4 katil atas). Selepas beberapa minit pasir tak kedengaran lagi.. 'Berdentum' sesuatu terjatuh diatas atap zink rumah. Hanya Allah yang tau perasan aii saat ini... Rark rark (derapan benda yang memijak zink di ruang tamu menuju Ke atap bilik aii) . Terkumat kamit aii baca segala surah 3 Qul Dan ayat Qursi. Aii terus berkelubung dengan selimut.






Bunyi tu tak berakhir setakat tu aje. Lebih menakutkan lagi, bunyi benda bergolek golek atas atap.Dari tengah bilik sampai bergolek Ke hujung zink (masa nie aii da ketakutan..memikirkan,macam mana la buatnya pocong tu termasuk kedalam bilik ni).Memang aii nak menangis nangis la sebab kena usik macam tu sekali. Sampai lah aii tertidur sambil berkelubung dalam selimut..
 Keesokan harinya,aii ceritakan kepada mak Dan adik beradik yang lain.Dorang GElakkan aje,kata mereka aii terlampau banyak tengok DVD sampai bermimpi.Abah pula cakap,bunyi kucing jatuh atas atap. Aii? Masa ni macam orang giler .Cerita pada orang keliling semua tak percaya. Hemmm..stress Waktu nie.Dengan tidur tak cukup ,Dan ,ketakutan bila Waktu malam menjelma.Mujuq tak giler jee.. Citer kat mak saudara(adik mak) pulak,katanya macam macam la awak nie.Penakut sangat! Tu je komen dia.Haiiiis..


Bila dah lama,hampir sebulan aii kena usik.Kini tiba giliran adik beradik yang lain kena usik pula.Adik yang bawah aii(fatin) .. Dia nak p Ke tandas jam 2 pagi,ada benda ikut Dari bilik sampai Ke tandas.. (Bunyi derapan [ prapp..prapp..prapppp ]tapak kaki mengikut Dari atap zink bilik menuju ketandas) benda tu pijak,macam nak runtuh atap zink kami.Adik aii ni berani sikit.. Kalau aii,memang rela tahan kencing...heeeeeehehehe,sampai Ke subuh.Maklumlah,tandas rumah aii ni Ke belakang.Seram la..
 Gangguan nie,kalau kita tuggu..memang tiada.Ada masa masa jee.Bukan setiap malam ada.Macam aii kena kacau hari Rabu malam khamis. Erkkk . seram. Ada satu hari tu,kami seisi keluarga baca al Quran (surah yassin) Dan nak dijadikan cerita.Bau busuk yang amat tepi tingkap bilik kami tidur.Lepas tu bau tu pergi Ke ruang tamu pula.Malam tu, aii la orang yang paling bahagia sekali.Sebabnya mesti benda benda ni dah takde,riwayat setan setan tu dah tamat.Kononnya... Lah! Kikikiki.. 

GANGGUAN lebih GANAS

 Tekaan aii meleset sama sekali,Kali nie lebih ganas.Akak aii yang kena ganggu dengan pocong.Iya! Ya bunjut atas tu..bungkusan mayat.Masa tu aii dah tidur,dengan nyenyak sekali. Akak? Dia sibuk duk bermesej dengan pakwe . Tetiba ntah macam mana,akak terasa seram sejuk .. Dia tarik selimut je,jengjengjeng............ Korang agak ape?? Errrrrkk..POCONG ada dihujung kaki aii masa tu.Nampak kepala dia aje. Rupa dia? Hitam... Terbakar..(akak la cakap) lepastu terus akak kelubung tidur terus.Hemmm... Aii tak faham.Kenapa pocong tu duk kat kaki aii yeee.
 

Malam jumaat minggu kedua pula, adik aii yang bongsu (Umur 13tahun Waktu tu ).Ternampak ada lembaga hitam duk atas aii. Benda tu terapung. Semacam asap hitam.. Dia terus larii Ke bilik sebelah,ketakutan terus masuk tidur.
 Seterusnya, mak pula kena ganggu ( katil yang mak tidur tu,kena goncang )Abah?? Abah keluar p umah anak saudara..jam 2 pagi baru balik. Masa nie barulah mak percaya,memang betul ada benda kacau keluarga kami.



 Selepas Dari kejadian kejadian diatas,aii dapat rasakan jika ada kehadiran benda benda lain di sekeliling. Hijab! Hijab terbuka.. Tapi aii pendengaran Hijab kot terbuka.kehkehkeh..
 Okay...sampai sini saja kisah aii Untuk korang baca.Yang mana kata cita tak seram,takpelah.Ini pengalaman aii . Ada banyak lagi ,tapi aii pendekkan cita.. Hee.


 Terimakasih sudi membaca entri tak beberapa nie..assalamu'alaikum













PERABOT TERPAKAI PERABOT TERPAKAI Reviewed by azlina ina on 11:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Tetiba terbuka hati nak clik ikon mistik..huhhhhhhhhh berdebarnya baca ina...tetiba rasa mmg benarlah benda2 ni terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheehe...terimakasih baca.Sebenarnya banyak lagi Kisah seram.Dah banyak in amasuk draft semula.Hihihi..atas sebab tertentu

      Delete

Powered by Blogger.