Amalan Sebelum Tidur

Sekarang dah jam 11.15 malam.Anak anak ina semuanya masih aktif.Sebenarnya, kami sekeluarga baru je balik hantar barang customer suami.Biasalah.. lepas tu terus singgah makan kejap sebelum balik ke rumah.Nak makanan betul betul hadam..mau ambil masa setengah jam.. heeeh.Korang jangan pula ikut tauladan yang takbaik ni ya..ehehehe.Ikutkan selepas jam 7 malam,memang dah taksesuai waktu makan.


Tapi tajuk entri kali ini bukanlah tentang pemakanan.Jauh sekali review makanan..nyumnyumnyum. Nak cerita aje amalan sihat ina sebelum tidur.Nak tau tak? eheheheh.. Tak nak tau pun,ina tetap cerita juga..hahaha..Poyo betul kan?


Antara amalan ina sebelum tidur :


1. Membaca Al quran


 sudah menjadi kebiasaan ina,selepas tiap kali solat akan baca al quran 1 muka surat dan jika rajin 2 muka surat sahaja.Sekarang dah jadi kebiasaan ina,samada tengah bersedih mahupun gembira akan tetap membaca al quran.


2. Buku Planner


 Dalam planner ni,macam macam catatan.Ada To do list, impian dan kenangan susah bangun seorang newbie blogger.


3. Bilik Rahsia


Di dalam bilik ini juga,ina simpan segala plastik parcel yang mana ina dapat job review. (masuk bilik ni dan kenang balik memory semasa terima parcel dan taip entri untuk job review)


4. Hukum Tarikan



daily pageview di ehbelogaku.blogspot.com


ina suka berangan sebelum tidur.Contohnya, nak esok hari dapat 5000 daily pageview.Tinggi kan harapan? sampai tersengih macam kerang busuk ina ni ha.. macam tak logik je kan? Tup tup.. bole capai 5293 pageview hari semalam..harini 4400 je.Apepun syukur dengan adanya team Kelab Blogger Ben Ashaari #kbba9 yang banyak membantu ina..Tak lupa juga founder dia juga yang tak lokek ilmu.Moga murah rezeki kamu..dan rakan bloggers lain turut memberi tips dalam dunia blogging.  Disamping menggunakan hukum tarikan diatas, tak lupa juga USAHA..tanpa usaha..mana mahu jadi realiti kan??

**saja tepek ni.. sebab Founder kita pun dia bakar semangat kami dalam group.. harap korang pun terbakar.. kita sahut cabaran dari aben pula.. 

5. ZIKIR


Ina pun kadang tu jenis payah tidur juga.Dalam kepala ni kadang kadang serabut.Memikirkan untuk kejadian esok hari..huuuuh. Tips ina : Kosongkan segera fikiran sekarang. Papp! Insyallah tak de dah fikir bukan bukan. Dan zikir itu pun penting, zikir lah sampai tertidur.. Biasa ina zikir Ya Allah ( untuk menguatkan dalaman diri )

Okay..setakat ni aja lah. Kalo ada lagi,ina share lagi..Selamat malam.Assalamualaikum..Sebelum tidur,jangan lupa juga mengambil wuduk ya..kang mimpi ngeri pula..macam macam mimpi seram.

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Seronoknya kak ina dpat capai 5k dah. Bole jadikan sebagai semangat ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua boleh.. yang penting hari hari update

      Delete
  2. Replies
    1. ada turun naik juga ni..macam saham dah ni

      Delete
  3. Mantap... Semoga terus berjaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih..sama sama hidupkan dunia penulisan digital

      Delete
  4. Planner tu mcm kena amalkan balik...baru tersemat baik kenangan sepanjang tahun kan ina.

    ReplyDelete
  5. Antara amalan yang Lynda buat ni. Dan paling baru nak cuba. Hukum tarikan tu..hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah tahniah..bestnya! ad bilik rahsia

    ReplyDelete
  7. Bilik rahsia tu rare betul la ina. Hehehe.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.