JUMANJI : Welcome To The Jungle



Seperti biasa, setiap hujung minggu memang ini  sudah menjadi hobi terbaru  keluarga kecil kami.Jika dulu aktiviti weekend kami tiap petang ialah game kereta.( autoshow  dan race kereta turbo..tapi sejak ada rush.Aktiviti sebegini dah tak kami join lagi..huhuhu). Alhamdulillah, inilah cara kami bonding time bersama.Walau memerlukan sedikit wang untuk di laburkan setiap kali menonton wayang ( iaitu dengan membeli makanan seperti  popcorn dan juga tiket wayang)..tetapi, kami tidak kisah.Asalkan anak anak gembira dan berasa puas..(Kalau tak ni..,si kakak sara .."mama.., kakak bosanlah duduk kat rumah ni mama". heeeehhhh.. ). Kebiasaanya, hari ahad kami menonton wayang, tapi harini pak dia  ajak hari sabtu pula, memandangkan MR.Z itu ada kerja yang hendak dilakukan pada keesokan harinya. 


Awal perancangan, Mr.Z ingin menonton KL WANGAN.Oleh sebab undian dari anak anak yang nak sangat menonton cerita JUMANJI, terpaksa mama dan abah ikutkan aja.. ehehehe ( sara ni Umur 6 tahun pada tahun depan,tapi siap dah pandai request cerita pilihan dia dahh.. huuuhh.Ni mesti akibat pengaruh iklan..hmmm).Jadinya,dari pilih cerita kesukaan mama dan abah.., lebih baik biarkan cerita pilihan dia aja.Jika tak nanti, dia takmau duk diam nanti dalam pawagam.. bukan dia buat apa.Cuma tak larat nak dengar nanti..bila sara tanya.. "bila nak balik ni mama?" sepanjang wayang itu ditayangkan.. haahh. Bayangkanlah.. 




JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE 

Review:
JUMANJI : Welcome To the Jungle ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang telah terperangkap didalam permainan papan board yang telah mereka jumpai.Tapi kali ini, kisah ini sangat berlainan seperti siri  lama.Mereka bermula dengan memasang alat permainan video di kaca televisyen dan secara tiba tiba mereka semua di sedut kedalam game tersebut. Mereka juga terperangkap di dalam tubuh badan karakter pemain permainan tersebut. Masing masing mempunyai kelebihan dan kekurangan di alam permainan tersebut.Mereka dibekalkan dengan 3 nyawa setiap seorang.Didahului dengan Level yang paling mudah iaitu mereka perlu berhadapan dengan badak sumbu air.Dan pelbagai lagi penggembaraan yang best. Berjayakah mereka pulang ke alam realiti? serta membatalkan sumpahan tersebut?



Antara babak lucu bravestone.. dia terkejut apabila mendapat tubuh badan sasa didalam alam permainan Jumanji.. hihihihihi. ( Diluar permainan, dia seorang pelajar sekolah tinggi..heeeh..yang mana ia kurus dan tinggi..berbeza)





Babak lucu : Apabila  Bethany memasuki tubuh badan lelaki.. 





Watak Utama:





The Rock sebagai : BRAVESTONE  dalam  Jumanji



Kevin Hart sebagi Moose 

Jack Black sebagai Professor  Shelly Oberon


Karren Gillan sebagai Ruby Roundhouse

Filem ini sangat sesuai ditonton seisi keluarga.Terhibur akan setiap karakter watak yang berjaya dibawa oleh setiap pelakon.Tidak mengecewakan langsung.Dan memang tak kering gusi sepanjang tayangan filem ini.Akhir kata,korang yang sukakan filem adventure macam ni..bole la terjah ke pawagam terdekat.Memang sangat berbaloi.. rate 10 bintang untuk filem Jumanji : Welcome To The Jungle.
type='text/javascript'>