Masalah MATA? Gunakan Bahan Di DAPUR sahaja..

Ehehehe..propa je tajuk ni sebenarnya.Tapi ada lah sedikit sebanyak mengenai tajuk entri kali ini.Erm..terlebih dahulu nak tanya korang. Ada masalah rabun ke? Mata silau? Kelabu  penglihatan? Jika mata masih terang..syukur alhamdulillah..


Mata rabun


Mata ina rabun sejak darjah 4 lagi tau.Huhuhuhuhuhu..Masa tu, dengan zaman ekonomi tak menentu, ayah pula bekerja seorang.Mana lah mampu nak membeli cermin mata ye dak? Dalam kelas, selalu jer  copy paste soalan dan nota dari kawan meja sebelah..(sapa lah yang jadi mangsa ina tu..semuanya faham akan masalah mata ina nii..).  Paling sedih, kawan silap tulis dalam buku, ina pun salah juga..hahaha.Kan sebiji tiru soalan yang di papan hitam itu.Soalan je tau ina salin, jawapan ina buat sendiri.. hehehehe.Masa tu ina berkawan rapat dengan shuhaida.Dia lah banyak memahami diri ina..( sekarang ni, senyap dah sekarang.Masing masing dengan haluan sendiri..huhuhuhu tapi lama lah juga berkawan, dari darjah 4 sehingga sekolah menengah).Mungkin faktor masa dan usia memisahkan persahabatan..)


Semakin usia menginjak ni, mata ina semakin hari makin rabun.Makin dibiarkan, makin parah dan seterusnya jadi silau pula. Kan?? ngeri tak ye? Tapi sebelum mata ina mempunyai silau,rabun je lah.Bermulanya ina berkenalan dengan contact lens . Pakai contact lens pun ada baik buruk.Ina gunakan contact lens pun disebabkan ia mudah dan tak mahal macam cermin mata.

Mula tu, belajar guna warna clear aje.Rasa segan pula bila menjadi perhatian orang ramai.Selepas pada itu, sudah selesa dan serasi..ina beranikan diri gunakan yang jenis berwarna.Kadang kala, setiap bulan bertukar warna mata ina ni.. tapi selalu beli warna coklat dan warna zamrud green je lah.Tapi ina perasan kan, yang jenis bewarna ni, seakan keras.Rasa menyucuk pula mata ni. 


Tak lama pada tu,mata ina sudah tak boleh terkena cahaya. Jika kena cahaya juga..Ermm..,.tak kisah lah, cahaya matahari ke atau cahaya lampu..mata pedih jadinya serta  berair.Masa ini, nak menangis pun ada tau. Huhuhuhuhu..baru nak menyesal. Tapi malangnya, sudah terlambat.Dengan mempunyai masalah rabun dan silau baru tersedar.Allah tarik sedikit nikmat kesihatan pancaindera ina.Sedih sangat..masa ni perasaan murung jadinya.






Sekarang, pada tahun 2017.Ada perubahan baik pada penglihatan ina sendiri.Walaupun tak banyak, tapi syukur sangat ni.Power cermin mata ina sudah mula turun.Alhamdulillah.. allah uji time ina lagha dan allah pulangkan sikit demi sedikit kepada ina bila ina tersedar dari alam lagha itu. 


Dahulu suka habiskan duit dengan pelbagai supplemen untuk penjagaan mata.Kini ina bebas dari sebarang supplemen. Ina betul betul gunakan barang yang mudah didapati hanya di dapur sahaja.Antaranya ina gunakan garam.Iya, garam.. garam dapat mengubat pelbagai jenis penyakit.Kita jer yang taknak ambil tau.Garam ni juga dapat selesaikan masalah mata iaitu silau dan rabun.


Garam untuk masalah rabun mata




BAHAN BAHAN :

1. Garam (1 Sudu Besar )
2. Air suam ( jika gunakan air suling,lagi bagus)
3. Bekas mangkuk


CARA CARANYA: 

1. Masukkan garam kedalam bekas mangkuk
2. Masukkan air suam ( jika gunakan air suling lagi bersih dan selamat ) kedalam bekas berisi garam serta larutkan.
3. Titiskan air garam tersebut kedalam mata.


Arahan :

1. Hanya dilakukan pada setiap pagi selepas bangun tidur sahaja
2. Lakukan sebanyak 2 kali seminggu 


Rasai proses ini.. ehehehe.Walaupun ia sedikit pedih.(Ala..,pedih sikit macam air pantai tu  masuk mata aje.. )Tapi apa ada hal kan?? kata nak mata pulih seperti biasa.Silap silap, korang dah tak perlu lagi memakai cermin mata atau pun Contact lens.


Tips ini, sebenarnya kawan ina dari perak (syima) yang berikan.Nenek dia amalkan.Sehingga sekarang pada usia 80 tahun masih terang penglihatannya.Membaca al quran pun masih jelas,tak perlu cermin mata.


Dan ina sendiri amalkan juga.. selain mengamalkan tips lain. Power ina dari sebelah mata sahaja cecah 500 setiap satu mata kini turun menjadi 455 dan 475 sebelah kiri. Alhamdulillah..

Kakak ina sendiri pun mengalami masalah mata, seperti ada sesuatu lendir di mata.Dia hanya amalkan petua ina ni aje..alhamdulillah. Terang matanya.



Sekian, petua dari ina. Jika korang rasakan ianya bermanfaat,war - warkan kepada teman yang lain pula dengan SHARE entri ini. Tak perlu kedekut kedekut ni, biar sama sama sihat.Awak pun dapat rezeki sebab berkongsi Ilmu ini.
type='text/javascript'>