Menang Contest LAZADA ONLINE REVOLUTION UNIVERSE Menang Contest LAZADA ONLINE REVOLUTION UNIVERSE - Beauty dan lifestyle

Menang Contest LAZADA ONLINE REVOLUTION UNIVERSE



Alhamdulillah.. separuh menjerit dan tersedak ketika mendapat berita ni..(masa ni jam 5 petang kot, baru nak siapkan juice carrot untuk minum petang) Ehehehe.Terimakasih juga kepada kawan kawan yang sudi bagitau melalui whatsapp dan tag di laman facebook masing masing.Korang memang sporting (Cik ash, Sis awa dan Kak wani). Yang mana sudi ucapkan tahniah, terimakasih ya.Hurm.. nama ina sedikit pelik dari nama yang lain...( nak misterious katanya..) sehinggakan ada yang tertanya tanya siapakah gerangan si SANG AURA?

Ini antara pertama yang ina join contest dengan lazada.Tak sangka pula boleh menang Contest Lazada Online Revolution Universe..tengok tu nama ina sebagai Sang Aura telah memenangi tempat ke -2 yang mana ia bernilai RM 150 Voucher membeli belah di Lazada.Alhamdulillah.. entri ina terpilih sebagai pemenang .Sudah dinamakan rezeki ina kali ini..Dapatlah nanti ina tukar keyboard yang dah mula pecah itu. Hajat dihati nak tukar keyboard wireless..( mudah sikit kerja kerja menaip artikel nanti)... Pertama kali ina dapat voucher.. sebelum ni contest lain menang sebagai saguhati je tapi berupa wang ringgit.

Rakan-rakan bloggers antara yang banyak support.Dorang lah yang selalu memberi kata kata semangat untuk ina join contest lazada ini.Jika tak, memang ina ni langsung tidak tahu menahu akan contest ini.Syukur dapat rakan sebegini.. yang tidak kedekut untuk berkongsi.


Akan ina sematkan kenangan sebagai pemenang contest didalam setiap coretan entri supaya, ina akan kenang smpai bila bila. Dan bila time sedih atau down, boleh juga jadikan pembakar semangat untuk berblogging.. Dari suka suka sebenarnya minat ina menulis di blog ini. Berbeza dari kita berkongsi perkhabaran berita di laman social media lain..yang mana ia akan tenggelam ke bawah seperti facebook..( harini je dapat tengok, bila sudah semakin lama.. post tenggelam.Kan jenuh nak scroll ke bawah) Macam itu juga iklan kan? Kita nak mudah orang rujuk.





Apapun, terimakasih tak terhingga kepada pihak lazada yang sudi berikan peluang ini kepada ina yang mana ina ni seorang bloggers baru setahun jagung dalam dunia blogging. Tahniah juga kepada semua pemenang lazda contest..
Menang Contest LAZADA ONLINE REVOLUTION UNIVERSE Menang Contest LAZADA  ONLINE REVOLUTION UNIVERSE Reviewed by azlina ina on 8:31 AM Rating: 5

8 comments:

  1. tahniah ina.. terima kasih sebab ada nama saya dalam entri ni.. pernah dah pernah dengan lazada hihihihi.. kita bagi peluang kat orang baru pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih juga... mana boleh lupa cik ash.. huhuhu

      Delete
  2. Tahniah k ina. Nanti kongsi laa tips.

    ReplyDelete
  3. Tahniah..selamat bershopping dengan voucher tu yer.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.