NYARIS BUTA ......Akibat CONTACT LENS - AURA blogger

NYARIS BUTA ......Akibat CONTACT LENS

Setiap kali ina guna contact lens, time tu lah detik detik cemas berlegar di fikiran ina..Takut woiii! Mujur tak buta ni haaa.

Kisahnya..,(2011) iaitu 4 hari lagi nak bertukar status istimewa iaitu isteri kepada Mr Z..waktu itu.Kami sekeluarga baru jer keluar rumah bagi menambah membeli persiapan perkahwinan.Baru beberapa langkah perjalanan, lebih kurang 5 minit keluar.Dan... ina secara tiba tiba menjerit..



gambar tiada kaitan

Ini antara dialog ina...




Ina : " aduiiii, ya allah.Buta dah mata aku ni..habis dahhhh, majlis dekat dah ni.. kata ina.. mak, abah.. macam mana ni??? sambil bertanya kepada mak abah

Abah : sambil drive (menggeletar pegang stereng.. ingatkan ina kena sampuk) 

Ina : Cepat abah.. patah balik ke rumah.. Ni haa..., contact lens naik kat atas mata.

Abah : dengan slang kelantan + terengganu  ( haaa...,itu lah mu. Habislah buta.. Tak kahwin laaa) eheheeh, mulut abah memang takde insurans sikit ni

Ina : Sambil menangis.. isk isk isk. 

Adik adik : hah sudah kaklang.Macam mana ni boleh jadi macam ni. 



Setibanya di rumah...


Lega sangat...bila drama cemas dah habis tadi.Phewwww~~~~ mata ina takde apa masalah. Cuma nya, mata merah teruk.

bayangkan korang, contact lens ni sudah naik kat bahagian atas mata.. maksudnya, sudah naik ke atas kelopak. Korang rasa??? seram ke tak seram.

Contact lens tersebut terpaksa ina tarik .. dengan secara  terpaksa.Dan jika dibiarkan lagi lama, risau.. lens tersebut akan tenggelam..seperti di telan oleh kelopak mata. NASIBLAH takde kecederaan serius. Lepas kejadian, ina menggigil nak guna contact lens. 


nyaris tak buta..akibat contact lens




Bila diingatkan kembali, punca dan mengapa ia terjadi ialah disebabkan contact lens tersebut sudah expired sehari. Waktu itu, ina baru nak pergi beli yang baru punya..(time ni, agak sibuk dengan kerja.. sehinggakan terlupa nak beli baru sebelum tarikh expired)


Pesanan ina kepada pengguna contact lens.. hati hati semasa menggunakan contact lens.Jika expired jangan gunakan lagi.Atau jika lens tersebut ada koyak..pun jangan gunakan juga ya. Ia mampu merosakkan mata kalian.

 Now, pada tahun 2017, ina setia dengan cermin mata.Nak mata Sihat katanya ...Tapi kalau teringin gunakan contact lens juga,tapi sejak ina mempunyai anak ni.. (cukup ina gunakan lens clear.. bukan bewarna lagi.eheheeh..sememangnya nanti ada yang jeles.. huhkhukhuk) ina gunakan brand soft lens.. sebab jenis ni lembut dan selesa di pakai, seperti tidak memakai lens. 

**Sila beli kedai cermin mata yaa..
NYARIS BUTA ......Akibat CONTACT LENS NYARIS  BUTA ......Akibat CONTACT LENS Reviewed by azlina ina on 8:00 AM Rating: 5

11 comments:

  1. Ai tak berani pakai guna contact lense sampai sekarang. Time wedding je pakai sebab kena paksa.

    ReplyDelete
  2. last pakai masa kahwin aritu hahahha loni xpakai dah takut kes gini la

    ReplyDelete
  3. xpernah guna content lens takut..haha

    ReplyDelete
  4. Dulu sebelum kawen, saya mmg pengguna contact lens sbb nak lawo..haha..ni lepas kawen, tak sentuh dah contact lens sbb en suami komen mata saya nampak besor pakai contact..sabo je la...

    ReplyDelete
  5. Hahaaa aduhh seram! lagi takut laa lepasni nak pakai contct lens

    ReplyDelete
  6. IQ teringat kesah kawan IQ pakai contact lens ni, sampai pergi kecemasan, infection. air mata keluar macam menangis kena tinggal pakwe..semggu mata tak ley bukak. huhu

    ReplyDelete
  7. kalau naik sampai atas kelopak mata tu maknanya mata kering rasanya.. kena pakai eyeglo moist

    ReplyDelete
  8. Rabia tak berani nak pakai contact lens

    ReplyDelete
  9. Nasib baik , alhamdulillah lepah ni keno hati2 deh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.