Resipi mudah CHEESY CHICKEN (homemade) Resipi mudah CHEESY CHICKEN (homemade) - Beauty dan lifestyle

Resipi mudah CHEESY CHICKEN (homemade)

lama sangat ayam bertapa di dalam peti sejuk ina haa..dengan tepung Serbaguna pula takde, asyik takjumpa aje bila cari di pasaraya..  maka berhasil jugak la cheesy chicken ina.Juga terhasil disebabkan permintaan anak sulung yang kini membesar (berusia 5 tahun itu sara),rezeki anak anak...Ini kali kedua ina repeat resipi ini tau. Mudah aja versi ina... Walau ia menggunakan tepung gandum cap rose yang mana ia satu pilihan bijak bagi saving..sahaja.. ia tetap sedap.. Jom tengok resipi



cheesy chicken


CHEESSY CHICKEN 




BAHAN BAHAN 


Dada Ayam  = 4 keping ( Rm 11.++) 
Lada Hitam ( segenggam )
Serbuk Kari ( 2Skecil ) ina tak letak pun
Tepung Gandum CAP ROSE ( untuk cut cos.. hihihi)
Garam secubit
Lemon ( ambil juice sahaja )
Cuka makan (3 Sudu besar)
Keju Parmesan ( 3 Sudu Besar )
Mozarella Keju ( 250gram + 1blok)



CARA BUAT CHILI FLAKE :


goreng cili kering kedalm kuali tanpa minyak
Dah siap .. kasi tumbuk halus cili tersebut

CARA CARA :


1. Potong ayam nipiskan  dan basuh sebersihnya ayam tersebut.


2. Perapkan selamat 10 minit  : Ayam bersama cuka,serbuk kari, lada hitam (ditumbuk) ,lemon dan juga sedikit tepung.


3. Panaskan kuali.. masukkan minyak masak dengan kuantiti yang banyak.


4. Gaulkan ayam yang telah di perap tadi bersama tepung gandum (sebenarnya..boleh aja jika nak gunakan tepung serbaguna..tepung segera..tapi ina darurat sangat,maka gunalah apa yang ada tepung di rumah ni... eheheehe.Cut cos jugak dapat...ehehehehe)


ayam yang telah disaluti tepung


5. Masukkan ayam yang telah disaluti tepung itu kedalam minyak yang panas.


6. Goreng ayam sehingga kekuningan..(elakkan terlalu kerap membalikkan ayam.. supaya ayam tak banyak serap minyak)



BAKAR AYAM


7. Setelah ayam masak...Potong keju mozarella serta letakkan kepingan keju mozarella tadi keatas ayam yang telah dimasak itu..Susun ke dalam dulang pembakar.


8. ON suis oven.. selaraskan ke suhu 180-200 darjah (panaskan dahulu oven).. gunakan api atas sahaja..tujuan bagi mencairkan keju di atas itu..


9. Masukkan ayam yang telah siap diletakkan kedalam dulang tadi kedalam oven..Tunggu sehingga keju cair..lebih kurang 5-8 minit.


10. Keluarkan dari oven..tutup suis.


11. Taburkan Chilli flakes atas permukaan keju.


12. Siap! sedia untuk dihidang.



Selamat mencuba! Insyallah..resepi ini, tak pedas.Cuma terasa sedikit blackpepper..anak anak pun boleh makan.. 


Resipi mudah CHEESY CHICKEN (homemade) Resipi mudah CHEESY CHICKEN  (homemade) Reviewed by azlina ina on 9:27 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Wahhh..
    Boleh cuba lpas ni
    Boring asyik mkn nasi ja..
    Boleh cuba yg ni pulak lpas ni

    ReplyDelete
  2. Mudahnya... barang2 nya pun tak banyak...

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa. Nmpak senangg je boleh try jugak la nanti :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.