Alam Pertunangan.. Betul ke Berdarah manis ni?

Betul ke berdarah manis sewaktu di alam pertunangan? mesti ada segelintit pembaca yang tidak percaya kan? entah lah, masing-masing punya pendapat. Tetapi, bagi saya alam pertunangan memang manis dan ujiannya besar. Ok, teruskan bacaan artikel ke penghujungnya.



Phewwww..punyalah acah acah sweet. Nak lah jugak ina flashback kisah kisah ina time zaman bertunang. Jika tak silap ina bertunang pada tahun 2010 iaitu pada bulan MAY bertarikh 1st MAY. Pada usia 24 tahun ina mula bertunang dengan jejaka pilihan di sebelah kampung sahaja (jalan kaki pun boleh sampai, cuma perlu melintas jalan jerlah..jalan utama)


Masa tengah di lamun cinta, dapat tengok bumbung rumah si dia pun jadi lah. Mujurlah setiap kali pulang bekerja, bas yang Ina naiki melalui depan rumahnya. Jadi, memang terubat setiap hari. Semasa dalam tempoh pertunangan, si dia memang tidak sukakan ber mesej. Ini kerana, dia fokus menjaga perniagaan ayahnya di stesen minyak. Itu sebab Ina jadikan bumbung rumahnya sebagai pengubat rindu. 



Bertunang.. berdarah manis? ( gambar ihsan Google )




Orang kata, zaman bertunang..alam bertunang darah manis? Yeke? Manis tang mana haaa? Meh sini ina rungkaikan yaa..

1. Macam macam boleh JADI


Ini tak dapat dinafikan ya,,sebab tu..mak marah kalo ina nak keluar berdua. Dan yang ketiga tu tentulah setan... macam macam la jadinya.. tapi kebanyakan, macam dalam cerita drama melayu tu.. lagi seminggu nak kahwin, mati eksiden. Haishh.. tapi itu semua kan takdir..MATI itu pasti.

2. IMAN 


Masa ni.., kalo korang dah bertunang.Masa ni sudah ada dugaan nya tau.Berbagai.. ada yang dari orang ketiga. ehehehe.. ada yang sebaliknya. Masa ni, dugaan ina dari orang ketiga.. nasib hati masih kuat.. masih sayangkan mr Z itu.. huhuhuhuhu.kalo tak dah jadi johorean atau berkahwin dengan mix jepun itu kisah lain lahh. Biasalah kan... syaitan duk menghasut time ni.. 

3. EMOSI TAK STABIL 


Dikatakan waktu ini jugak lah, emosi kadang kala nak menangis,mudah terasa, kadang terlalu gembira pun ada dengan perubahan status tersebut.Masa ni, Mr Z tak melayan sangat..sedih sangat tau.Mujurlah bekerja.. adalah juga aktiviti bersama kawan kawan

4. CEMBURU BUTA


Ada  yang sudah berani mengongkong pasangan walaupun baru sahaja bertukar status kepada pasangan bertunang. Macam ina dulu, sewaktu di tempat kerja lama..ada satu pasangan itu, tiap hari nak kena buat video call...letih wooo.Ada sedikit suara atau kelibat lelaki di belakang... habis pasangan nya kena marah.Dan paling teruk sekali  tunangan nya, pukul wanita terbabit..Kesian sangat. 

5. KEWANGAN


Semasa dalam proses pertunangan, ada pasangan mengalami masalah kewangan juga.Yang mana asyik  memikirkan hal hal persiapan perkahwinan seperti belanja hantaran dan majlis.Mana nak kena buat LOAN lagi..hmm.Jadi, mula lah belajar menyimpan dari sekarang. Cuba elakkan meminjam,jika boleh.


Pengalaman  ina selepas beberapa jam majlis pertunangan, secara tiba-tiba ada seekor rama-rama hinggap di badan ina. Hmmm.. Masa tu kan, mak cakap ehh,pelik ni.Takkan lah ada orang nak pinang lagi??? Apabila 3 hari majlis pertunangan ina berlangsung, ada seorang sepupu jauh ayah yang berhasrat ingin merisik  time ina sudah jadi tunangan orang.Apabila sepupu ayah tau akan hal ini.. faham-fahamlah ye. Harapnya tidak berdendam sama sekali.


Pendapat ina.. jika kita tiada urusan penting untuk keluar berdua bersama pasangan.Seeloknya haruslah di elakkan.Lagipun, bertunang bukannya tiket untuk keluar secara bebas bersama pasangan.Seeloknyaa, tempoh ikatan pertunangan itu janganlah sampai setahun.Cukuplah 6bulan sahaja.Jika semakin lama, dikhuatiri semakin banyak dugaan mendatang.Hati manusia boleh berbolak balik.


Ujian ina 3 atau 4 hari sebelum berlangsung majlis,boleh pula mata ina hampir buta akibat Contact Lens



Okay,semua pengalaman diatas ini ialah pengalaman 7 tahun yang lepas.Saja ingin berkongsi kepada adik-adik yang bakal bertunang dan selamat menempuh alam pertunangan.Jaga batas-batas pergaulan antara pasangan.

Catat Ulasan

13 Ulasan

Cik Ash berkata…
betul tu ina bagi ekin pun masa tunang aritu mcm2 gak alami...
Shalimar Yusof berkata…
kita lmbt sikit..hihih..bertunang 6 bulan..mcm2 gk sebb jauh kan..selalu gaduh pun sebb Sha workholic sebelum kahwin..
Eyqa Hasnan berkata…
Bestnya tunang. Hihihiii sebab tak pernah lalui lagi
Izyan Balqis berkata…
IQ pun pernah didatangi orang ketiga. adik IQ pun pernah. memang dugaan betul!
Nadia Johari berkata…
memang macam2 boleh jadi
Aisya Ismail berkata…
Masa bertunang akan selalu kena gigit nyamuk sebab manis sangat.
azlina ina berkata…
hihihihu . ai niihh. memain pula ye.Tapi darah ina pahit.. mgkn dah tua kot
azlina ina berkata…
kan..haishhh. Cobaaann
azlina ina berkata…
insyallah..jodoh sedang memerhati.Otw kata orang
azlina ina berkata…
itulah.. dugaan terbesar.Ujian hati
azlina ina berkata…
takpe..manis akhirnya..~ ukays
azlina ina berkata…
makin lama bertunang..makin banyak dugaan
Anum Abdullah berkata…
bertulkah hebat dugaan masa bertunang?