Appointment Furqan 1 Tahun 3 Bulan Appointment Furqan 1 Tahun 3 Bulan - Beauty dan lifestyle

Appointment Furqan 1 Tahun 3 Bulan

Hari ni, memang ina rushing sangat.Blog tak sempat nak update pagi.Sebab ada appointment Furqan pada hari selasa. 

1 tahun 3 bulan 

Appointment kali ini,bukan cucuk.Hanya makan ubat cacing dan timbang sahaja.Seperti kebiasaan,ina memilih untuk ke klinik pada jam 10 pagi.Tak lah,tertunggu awal sangat di klinik tu.Mana nak tunggu dengan ibu mengandung dan baru yang melahirkan anak.

Konsep klinik, Ibu mengandung dan ibu lepas bersalin akan di utamakan dahulu.Yang mana ada appointment hanya timbang anak-anak memang akan sedikit lambat.Biarpun appointement korang tu menunjukkan jam 10 pagi. Harap bersabar la.Alhamdulillah,ina taklah lama sangat menunggu. 

Hari ni 3 orang anak ina semuanya ke klinik.Yang sulung (sara) 
tak kesekolah,tengah malam semalam dia dah mula merengek,minta picitkan kepala diikuti badan pula panasdemam,mujurlah abah dia ikut sekali pagi ini ke klinik.

Jadinya,abah bawa sara ke bahagian lain.Untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan selanjutnya.Ina pula menunggu giliran di bahagian ibu mengandung dan kanak-kanak.

Ina tak kisah jika tunggu lama sekalipun jika staff nurse tak menyombong dan bersikap mesra pelanggan. Staff nurse di bilik 15 yang ina dapatkan rawatan anak,lupa pula nama dia. hihiih..

 Perkembangan furqan setakat usia 1 tahun 3 bulan,alhamdulillah.Anak lelaki,memang laju perkembangan dia dari 2 kakak perempuan.2 kali juga migrain menyerang ina ni..hehehehe. Baru ina faham, yang allah kurniakan anak lelaki mental kena kuat.Tak kuat,habislah.

Dari segi pemakanan.Furqan memang jarang sangat nak makan nasi.Dia lebih gemar makan mee,roti dan biskut.Kali ini timbang naik sedikit aje,tapi mujurlah tak duduk di line kuning. 


Sejak Furqan sudah di botakkan kepala,semakin banyak akalnya.Sudah pandai menyebut perkataan Nenek. (Ne-Nek). Dan paling bahaya sekarang ni, furqan sudah memanjat meja makan ina.Aduhhh..,yang paling ina takutkan..aktiviti dia nak terjun dari atas ke lantai.Hooooohhohoho.. nak tercabut jantung ina waktu itu. 


Hari ni,ina bersambung lagi migrain.Ohhh,harapnya tidak berlarutan hendaknya. Susah nak uruskan anak anak dan suami nanti.
Appointment Furqan 1 Tahun 3 Bulan Appointment Furqan 1 Tahun 3 Bulan Reviewed by azlina ina on 3:12 PM Rating: 5

12 comments:

  1. ina berapa kali botakkan kpl furqan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 2kali.. hihii.. ini pon,botak tak habis minggu lepas.Takut.. itu pon dah luka.anak tak mau diam

      Delete
  2. Comel yer furqan botak. Huda dan suami jenis sayang rambut anak, botak sekali jer kot masa cukur lepas lahir. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipun kan,rambut furqan ni nipis sangat.Dengan harapan boleh lebat ikut bapaknya pula

      Delete
  3. anak lelaki memang kena kuat, IQ yang ada sorang ni pun rasa macam alahai, penat omak ekau ni nak oii..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe..itulah. Harap iq pon jadi sado juga

      Delete
  4. comelnya furqan.. botakk.. semoga jd anak yg soleh ye syg !

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. alhamdulillah.. hmm,taklama dah takbole lg nak timang2

      Delete
  6. jaga anak leaki memang lain erk dengan anak perempaun..yang penting sihat

    ReplyDelete
  7. Oh, orang kata kalau anak suka makan roti, mee dan biskut atau bijiran, nanti anak akan tinggi. Huhu. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.