Bekerja Sambil Beriadah di Pantai Batu Hitam

Furqan


Sudah 2 hari entri tak ber update.Huhuhuhu..terseksa betul..dengan pelbagai ujian untuk minggu lepas. Alhamdulillah,petang semalam baru berkesempatan ke pantai bersama keluarga..

Sebenarnya barang review sampai dari hari selasa lagi,tetapi hari ahad baru ada masa untuk snap gambar.Itulah kan..,masa ni begitu mencemburui ina.HIhihihiih.. 


Swiisvitamy..produk review yang tertangguh tu


Baru je keluarkan barang nak bergambar..Furqan sudah datang kacau mama.Akhirnya,ina ajak suami terus ke pantai.Mudah..2 dalam 1 gitu.Sambil-sambil buat kerja ina..anak-anak main air bersama ayahnya.Alhamdulillah..selesai akhirnya.

Harap korang yang perasan tu..jangan jemu pula ye.Kebanyakan gambar ina banyak shoot kat pantai.Hehehehe..Maklumlah,pantai belakang rumah aje.Ada 2 pantai kat sini.

Nak bergambar di pantai lokasi nelayan naikkan hasil laut seperti Ikan dan sotong atau pantai batu hitam.Eh,sebenarnya ada 3 pantai tau yang berdekatan rumah ina.Tapi pantai yang paling terdekat ialah Pantai Pelindung lah.

Semalam pergi ke Pantai Batu Hitam.Jauh sedikit..hajat ina nak bawa Sara (sulung) main layang-layang.Tetapi angin pula tiada dan air pasang.Huhuhuhu... besar betul ombak semalam,pergi pun dah jam 6 petang semalam.

Rasa sangat stress,bila banyak kerja-kerja tertangguh.Ini yang last review,sebelum parcel lain sampai pula.Job review kali ini.Ina kena LIVE, 2 di social media (IG dan FB).

Sebab outdoor kali ini..memang dah tak boleh tertonggeng dah nak shot gambar..ehehehe.Kalau di rumah ni,siap baring atau tertonggeng,kuak lentang lagi..untuk dapatkan shot terbaik.Gambar cantik..teheheeh. 


sempat ambil yang ni aje


Nasib baik..,anak-anak tak buat perangai.Dorang syok sangat menikmati udara pantai semalam.Betul-betul menikmati.Suami ina tu,sebenarnya dia nak jogging petang semalam di tasik,tapi ina ajak sekali pergi pantai.Kat pantai pun boleh jer nak jogging.Lagi besar trek..hahahaha. Tapi seronok kat sini..ramai orang,salah satu tempat peranginan juga Pantai Batu Hitam ni.

Banyak aktiviti pantai disini.Seperti aktiviti berbasikal dan .Sukan ATV..lagi seronok.Tapi ina tak mempunyai keberanian untuk menaiki ATV tersebut.Huhuhuhu.. 


muka malas nak touch up..heeehhh.


Yang bongsu ina ni.. memang payah sikit nak bergambar.Tengok tu..duk berpaling tang lain.Sibuk tengok kakak-kakak dia dah main air pantai. 



Oaky,nantikan review ina iaitu produk kecantikan di next entri.Insyallah..dalam masa terdekat ini akan di publish.

8 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu entry review produk tu

    ReplyDelete
  2. wahhhh....tak sabar tggu review akak ttg produk ini...hihihi

    ReplyDelete
  3. bestla rumah dkt dgn pantai.ada bnyk port best utk shoot tu..hehe

    ReplyDelete
  4. wahh best dapat riadah dekat pantai.. tenang je kan

    ReplyDelete
  5. Bagus. Sambil menyelam minum air

    ReplyDelete
  6. syok plak tgk jln jln tepi pantai

    ReplyDelete
  7. Rindu dengan suasana laut...huhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.