Kapal Api Kaw - Kopi sesuai di kala Musim Hujan

Assalamualaikum..hai.Selamat pagi jumaat.Di Kuantan suhu 23' Celcius. Hampir beku rasanya.. Sejuknya,terasa sangat.Semasa ambil wuduk pagi subuh ,ya allah.Sejuk nya air..,macam air batu tau. 


Semalam pula tak boleh tidur.Sejuk ya amat.Hidung pula tersumbat.. sempatlah sapu Tasneem Naturel Balm didada dan hidung.Eh,tiba-tiba ina terfikirkan mereka yang punyai asma.Sejuk malam ni.Diluar hujan teramatlah lebat.Anak-anak semuanya lena awal.Eheheheeh..ina pula duk je senyap sambil-sambil zikir supaya cepat lena.
Kopi Kapal Api 
Petang semalam gigih ina berjalan kaki semata-mata nak exercise kononnya.Eleh, taklah jauh sangat nak ke kedai runcit itu.Bawa payung aje,tinggalkan anak-anak sekejap bersama abahnya.Ina melenggang aje lah.. banyak yang di borong untuk jadikan stok makanan musim hujan,kami anak beranak.

Sekarang ni kan,musim hujan.Perut sentiasa minta supaya diisi.Terfikir la juga,waktu macam ni sedap betul kalau pekena kopi cicah roti.

Sesudah sampai di kedai tersebut,dengan pantasnya.Ina capai sebungkus Paket Kopi Cap Kapal Api.

Antara salah satu marketing yang baik ialah melalui first impression. Iya,dari situ kita dapat attract bakal pelanggan. Contohnya dari segi warna bungkusan yang digunakan ini.Warna yang menarik dan tak teragak pelanggan untuk mencubanya.

Seperti ina sendiri,ina bukanlah salah seorang peminat tegar kopi.Tetapi disebabkan musim hujan dan kebetulan ingin mencuba kopi.Terus ina grab,walaupun kopi ini mempunyai saingan dan pilihan dalam susunan kedai runcit tersebut.

Tanpa memikirkan soal kesedapan.Ina berani mengambil risiko.Dan alhamdulillah,memang menepati dengan citarasa ina.Kopi keluaran Cap Kapal Api memang halus betul tekstur.Dan ia betul-betul 'kaw'. Sesuai lah bagi ina yang ingin mencari ilham bagi menghasilkan entri berikutnya.

Dan setiap pembelian bungkusan turut juga diselitkan bersama sample percuma 3 In 1.Siapa tak sukakan barangan percuma kan? Ini pun salah satu tarikan bakal pembeli juga.

Okay..bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan terkini serta produk  baru dari  Kapal Api boleh lah terus ikuti mereka di Facebook Fan page berikut :https://www.facebook.com/KapalApiKaw/ 

Bagi jualan pula,boleh didapati di kedai kedai runcit berhampiran korang. 

Catat Ulasan

11 Ulasan

Sheila Adziz berkata…
sedapnya minum kopi hujan2 ni...
azlina ina berkata…
betul sedap..1 teko je..ina sorang leh habis
Izyan Balqis berkata…
Minum kopi pnas musim hujan...cicah plak biskut jagung ..perghh..mengancam
dorsett pink berkata…
bestnya minum kopi.. tapi orang preggy kena control minum kopi ni. huhu
dorsett pink berkata…
saya dah follow sini. jom jemput folo saya.hihi
Nadia Johari berkata…
waktu hujan minum kopi memang sedap ooo
azlina ina berkata…
siap bole jadi ketagih kan
azlina ina berkata…
haah..betul tu. Nnti turun hb
azlina ina berkata…
silap silap tak tidur malam.. hihu.Banyak entri boleh bikin ni
azlina ina berkata…
terimaaksih..ina followback
cikguzim berkata…
Tak pernah lagi cuba cap kapal api...bc artikel ni tringin nk cuba...done follow