Rawat Kaki Dengan Garam Bukit Rawat Kaki Dengan Garam Bukit - Beauty dan lifestyle

Rawat Kaki Dengan Garam Bukit

Selamat pagi..Diharap korang sihat selalu serta murah rezeki.Cuaca pagi ini sangat cerah,alhamdulillah.


Entri kali ini,ina nak kongsikan kepada korang manfaat atau kelebihan merawat kaki dengan garam bukit.Insyallah,jika korang rajin amalkan ia,kaki sentiasa sihat.

Ramai di antara kita,tidak mengambil berat akan hal kesihatan kaki.Sebenarnya,kaki lah antara salah satu anggota badan yang penting.Tanpa kaki,kita tak boleh bergerak ke mana-mana.Kita sepatutnya bersyukur akan nikmat allah yang berikan kepada kita supaya tetap menjaga kurniaan allah s.w.t. dengan baik serta menghargai.

Bila sebut mengenai kaki,mesti korang terfikir kaki cagu,kaki berbau dan kaki yang sangat letih akibat seharian bekerja.Lebih-lebih lagi,korang yang bekerja 12 jam kena berdiri.Huhhh..,mesti penat sangat-sangat kan? 

garam bukit 

Siapa yang perlu merawat kaki dengan Garam ?


1. Kaki Berbau



  • Sediakan besen dan rendamkan kaki di dalam air suam bersama garam.
  • Mematikan kuman dan bakteria punca kaki berbau. 


2. Kulit Kasar Dan Tumit Pecah 





  • Sediakan besen dan rendamkan kaki di dalam air suam bersama garam.
  • Biarkan kaki selama 15 minit.
  • Hasilnya,kulit kasar menjadi lembut serta mampu menanggalkan kulit mati.

3. Demam / Selsema / Sakit Kepala 





  • Sediakan besen dan rendamkan kaki di dalam air suam bersama garam.
  • Toksin dapat di keluarkan melalui tapak kaki.Insyallah, dapat membantu demam pulih dengan cepat. 

4.  Merawat Stress



  • Sediakan Besen dan rendamkan kaki di dalam air suam bersama garam.
  • Cara ini memang betul dapat merawat stress seharian kehidupan. 

5. Bantu Tidur Lena



  • Sediakan besen dan rendamkan kaki di dalam air suam bersama garam.
  • Yang ini sangat sesuai bagi korang yang insomnia,sukar tidur malam.Selepas rendamkan kaki,ina dapat rasakan terus seperti nak lena.Mungkin Stress dah hilang,jadinya,sangat tenang fikiran. Mudah untuk dapatkan tidur yang berkualiti.



Kesimpulannya,nak sihat semuanya bermula dari kaki.Penjagaan kaki memang kena lebih titikberatkan.Ina sudah amalkan.. paling kurang pun ina lakukan seminggu 2 kali sahaja.Paling best dengan garam ni,ina lakukan sendiri scrub kaki juga.Blender halus garam bukit dan gosokan pada kawasan kaki,biarkan sedikit lama dan bilaskan. 


Rawat Kaki Dengan Garam Bukit Rawat Kaki Dengan Garam Bukit Reviewed by azlina ina on 9:51 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.