Sandwich Ayam Brand

assalamualaikum dan selamat pagi.Hari ini sudah memasuki minggu ke-2 sesi persekolahan. Syukur sangat bila sara semakin seronok ke sekolah.Alhamdulillah.. 

sara yang kini Pra Sekolah  di SK Pelindung 

Okaylah,berbalik pada entri diatas, Pagi ini ina buatkan Sandwich untuk makan pagi kami sekeluarga.Sara dah tak perlu bawa bekal  makanan ke sekolah, kerana pihak sekolah telah sediakan. Sara dan anak yang lain memang tak makan.Sebab pedas..,maklumlah.Budak budak kan...,baru jer nampak merah cili lada. Sudah lari..

sardin ayam brand malaysia
          


Ayam brand Tuna Hot Mayonese

Haritu beli Yang jenis tuna.Ina cicah dengan roti.. sedap juga.Gandingkan terus bersama Teh O panas.. Nikmat sangat tau. Kebetulan time itu,musim tengkujuh.Memang sedap sangat..sedar sedar,memang dah habis Tuna tu .Rotinya masih banyak.. 



Kali ini,di gandingkan pula bersama Roti Puri..Hihihihi. Ada pelbagai bentuk lagi tu.. yang bulat ina jadikan ia puri bercheese.. yang mana mempunyai cheese di dalam.Siap boleh Tarik tarik lagi tuuu.. Cicah pula bersama Ayam Brand Tuna. 


.tudiaa... ada cili merah ha.Itu yang anak takmau makan.Takut  pedas.

Seperti gambar diatas, itulah rupanya Sandwich ina.Kali ini, ina gunakan Sardin Ayam Brand.Kisahnya, satu malam tu..suami tiba-tiba request nak makan sandwich malam tu jugak..(Ehhh, macam orang mengidam mengandung pula kan?..Tapi ni mengidam anak tekak ajer). Katanya tak jumpa pula cari tuna ayam brand tu.. yang itu lagi mudah,buka sahaja penutup tin dan terus boleh dimakan samada nak panaskan ataupun tidak.

Sardin ni..ina masukkan dalam periuk serta hancurkan isi sardin tersebut dan ketuk sedikit cili besar serta digaul bersama sardin.Mudah je buat! Walaupun ia mudah.. Tapi kan, masa bujang dahulu, tak da pulak terfikir nak buat..ehehehe. Mungkin faktor status telah berjaya membuatkan ina semakin rajin.eehehehehe.Iyalah kan.. dah jadi ibu.Nak kena bagi makan suami dan anak-anak lagi kan.


Untuk produk terkini dan resipi dari Ayam Brand,bolehla mengikuti di social media berikut :


Website :http://www.ayambrand.com.my/

Instagram :https://www.instagram.com/ayambrandmy/

Facebook : https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes/

5 comments:

Powered by Blogger.