Sara sudah memasuki Pra-Persekolahan

Assalamualaikum...dan selamat pagi semua. Cuaca kat sini (kuantan) hujan lebat..Sejak jumaat lepas lagi.Memang setengah tempat sudah dinaiki air. Kawasan perumahan ina,alhamdulillah.Tidak dinaiki air..kawasan tinggi.

Suasana kat kuantan, pagi tadi jam 7 pagi macam 5 pagi.. Gelap serta masih hujan lebat.Harap sangat air kat bukit belakang rumah tu tak turun.Kalau tak, abis longkang rumah ina.. air berselut.( tanah bercampur air).Nasib baik penyelenggaraan (pihak berwajib) longkang sudah dibuat awal sebelum musim hujan lagi. Alhamdulillah.. kat situ dah boleh tarik nafas lega. 


Hari ini juga hari pertama sesi persekolahan bermula.Alhamdulillah, sara bangun tanpa ada sebarang drama tangisan.Mama dah boleh tarik nafas lega dah ni.. harap konsisten macam ni yaa anak.. Ohhh, lupa nak mention.Tahun ini Sara baru memasuki Pra Sekolah..alhamdulillah.

Macam kebiasaannya, abah akan menghantar sara ke sekolah pada setiap pagi.Ina?? Ohhh,,ina memang tak boleh hantar.Sebabnya, macam sukar pula nak angkut 2 orang lagi anak ina yang masih kecil tu.Dan kalau ina hantar sara ke sekolah.. di khuatiri sara akan menangis meraung tak mau masuk kelas.. Haaaa...lagi haru kan? Waktu tamat kelas aje,boleh ina ambil sara.



Erm..tiba tiba ina teringatkan kes tahun lepas yang mana sara menjadi mangsa buli rakan kelas dia. Sedih sangat ..bila orang lakukan hal ini kepada anak ina. Kisahnya apabila, 2 pelajar lelaki bermain kejar kejar dengan sara.Tak dinafikan, kemana sahaja pergi sara ni.. memang budak lelaki sebaya dia suka bermain bersama.Mungkin juga, pandangan  budak lelaki sara  seorang yang lasak. 

Dan sara memilih untuk bermain dengan seorang aje budak lelaki tu.Yang seorang lagi,,telah menumbuk muka sara.Ina sudah bertanyakan hal ini ke sekolah.Tapi malangnya, cikgu cikgu di sekolah sara mengatakan adat budak budak bermain di sekolah. Hmm..sepatutnya hal ini dari sekecil ini lah perlu di bendung.Takkan nak tunggu dah besar, baru nak lentur? Apapun, ia suatu pengalaman buruk bagi ina. Betul la,gosip gosip sebelum itu yang pernah ina dengar selama ini. Diharap, takkan berulang lagi.Tapi ina sebagai ibubapa..penjaga? Fobia tau tak?

Catat Ulasan

2 Ulasan

Izyan Balqis berkata…
kesian anak ina, mesti trauma, IQ pun fobia nak anta anak sekolah macam ni
azlina ina berkata…
tahun ni..mujur dah tukar sekolah lain.Alhamdulillah..takde da sama sekolah dengan budak tu