Tanaman : Daun Kesom

 Daun kesom memang susah jika nak jumpa di pasar. Memang susah sangat,  adakah ia hampir pupus? Emmm.. tak tahu lah. Mungkin kawasan taman jer lah.  Sebab utama ina tanam daun kesom ini ialah suami yang suka sangat makan asam pedas.Jika masak hari-hari pun suami boleh makan, katanya. Laksa memang ina tak cuba masak,sebabnya suami tak suka laksa penang.huhuhuhuuhhu.Redha ajelahh. Walaupun ina ni sukakan laksa penang.Kena balik rumah mak,barulah ada geng makan. 


Assalamualaikum dan Hai..selamat pagi.Selamat berhujung minggu juga.Hari ini sudah memasuki seminggu hujan tanpa henti.Sejuk sangat,Ya allah.Air di rumah ina ni dah macam ais nampak gayanya. Eheheeh.. makin subur lah pokok ina yang di luar rumah tu.



Daun Kesom


Tanaman ina yang ke seterusnya.Alhamdulillah.Subur kan? Ini kali ke berapa entah,ina menanam pokok.Sebelum-sebelum ni,ina  pernah tanam pokok bunga,cili padi dan pokok buluh semuanya mati.Huhuhuhuhu.. Tapi kali ini nampak seperti berjaya kali ini.Ehehehe.Daun pun gemuk,menghijau aje nih.

Ina memilih untuk menanam daun kesom. Daun kesom memang susah jika nak jumpa di pasar.Memang susah sangat.. adakah ia hampir pupus? Emmm.. tak tahu lah.  Sebab utama ina tanam daun kesom ini ialah suami yang suka sangat makan asam pedas.Jika masak hari-hari pun suami boleh makan..,katanya.Laksa memang ina tak cuba masak,sebabnya suami tak suka laksa penang.huhuhuhuuhhu.Redha ajelahh. Walaupun ina ni sukakan laksa penang.Kena balik rumah mak,barulah ada geng makan. 


tanah bauksit

Kali ini, ina menanam tak menggunakan baja yang dibeli  di nursery.Ina gunakan tanah yang sedia ada di rumah mak.Tanah disitu,bukan calang-calang tanah.Ia tanah bauksit.Ha..,pernah tak dengar? Bauksit.Ala,kalau korang peka dengan keadaan semasa di Kuantan.Bauksit ni ialah tanah yang sangat berkualiti tinggi.Gred tertinggi antara Gred.Kuantan juga ada mengeksport tanah bauksit ke negeri China melalui pelabuhan yang telah disediakan. 

Satu masa dahulu,di Beserah amat popular Durian D24.Yang mana majoriti penduduk kampung disini menanam durian jenis ini.Tanaman begitu subur disebabkan tanah kebun yang asalnya dari tanah bauksit.

Selain daun kesom boleh di letakkan dalam masakan,ia juga mampu mengatasi masalah kesihatan.

Khasiat Daun kesom ialah :


1. Harumkan Tubuh 

Ambil 5 helai daun kesom dan rebus.Minum air nya.


2. Keputihan 


Boleh di makan seperti ulam dan juga merebus daun kesom tersebut.


3. Merawat Kelemumur

Tumbuk sehingga lumat daun kesom tersebut  dan lumurkan di kepala seketika.Lebih kurang 5 minit dan bilas. (Kena sentiasa amalkan)



Catat Ulasan

4 Ulasan

Kak Wawa berkata…
Sedap letak dalam singgan (tk tau ejaan) pedas.
mamapp berkata…
Wah mmg nampak Segar daun kesom Tu. Mama pun Ada tanam sikit
Warisan Petani berkata…
kalau masak asam pedas, mesti nak cari daun kesum ni.
Galaksi Viral berkata…
Bila baca laksa penang, rasa lapar pula perut ni kak. Hihi.Tanaman akak nampak sihat dan segar. Hihi. :D