5 Sebab Kenapa Rezeki SUSAH nak Masuk

Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk.Ia mungkin datang dalam bentuk kesihatan,kebahagiaan,zuriat dan wang ringgit.Tetapi ada juga manusia yang tidak bersyukur atas rezeki yang kita peroleh pada hari ini.





Ina..? alhamdulillah. Cukuplah mempunyai 3 orang cahaya mata pada masa sekarang dan mempunyai kehidupan sederhana.Walaupun ina tidak bekerja.Tetapi hanya seorang penulis di ruangan ini secara sepenuh masa.Syukur.. rezeki datang bersama anak-anak dan bersama suami tercinta.

Jangan Mengeluh..jika Allah lambat tunaikan Hajat


Sebaiknya,cuba periksa diri.Bagaimana  hubungan kita dengan dengan sang pencinta ? Adakah kita segerakan perintah Allah? Memang agak sukar bagi sesetengah orang.Lagi-lagi bagi mereka yang bekerjaya.Tetapi mungkin boleh curi sedikit masa untuk menunaikan perintah allah (solat 5 waktu).

DOA dengan Spesifik dan Jelas




<-- nuffnang -->


Iya,dulu ina selalu dengar orang ini duk cita.Jika nak apa-apa mestilah berdoa pada Allah.Tetapi doa macam mana? Adakah doa seperti  "Ya Allah,mudahkan hidup aku" Contoh la ni ya. Tak jelas kan? heee. Dulu pun ina salah seorang dari kalangan begini juga.
Tetapi,sejak saemakin berusia.Semakin matang fikiran ina.Ina duk kaji..berkawan dengan orang bisnes yang tak kedekut ilmu.Rupanya,cara ina berdoa ini salah rupanya. Cara betul berdoa ialah berbunyi begini "Ya Allah,Ya Rahman..Ya Rahim..ampunilah aku.Dosa-dosaku dan (sebutlah hajat kita secara terang dan jelas..sebolehnya macam kita bercerita kepada kawan-kawan..).Insyallah,setiap hari berdoa Allah akan makbulkan doa tersebut.

Banyakkan Berzikir dan bertahmid 






Ini pun salah satu cara.Mungkin kita kurang berzikir kepda allah.Kadang-kadang,zikir pun kita tak tahu.Antara zikir-zikir yang boleh di amalkan :

Ya Razzaq = Maha pemberi Rezeki
Ya Fattah = Maha Pembuka
Ya Wahab = Yang sentiasa memberi
Ya Mughni = Maha memberi Kekayaan 

Bertahmid :

Alhamdulillah
Subhanallah
Astagfirullah Halladzim

Lakukan zikir atau bertahmid pada bila-bila masa sekalipun.Kiraan zikir dan bertahmid kebiasaannya paling sedikit 33kali.. tiada had maksima.Insyallah,secara tak langsung,dalaman kita juga kuat.Maksudnya disini takdelah lemah semangat.


Lakukan Solat-solat Sunat




Ramai yang tahu akan hal ini. Untuk murah rezeki,lakukan solat DHUHA. Tetapi sebaliknya,banyak manfaat akan solat Dhuha ini.Solat Dhuha kita juga boleh minta pelbagai dengan allah.

Waktu yang sebaiknya adalah ketika matahari mula keluar iaitu dari jam 9 pagi sehingga sebelum waktu Zohor.Insyallah,selepas lakukan solat Dhuha.Jiwa kita tenang..

Dan paling mustajab ialah Solat Tahajjud.Iaitu solat sunat di tengah malam ketika waktu sunyi..(waktu antara jam 3 pagi sehingga sebelum masuk waktu subuh). Solat Tahajjud ni kan,jika kita amalkan..memang kita akan dapat apa yang kita minta pada Allah.Syaratnya..,macam ina cerita kat no 1 tadi lahh.. Doa dengan jelas,mengadu lah pada Allah. Ibarat setiap DOA kita tepat mengena ke sasaran.. macam busar dan anak panah.Haaa..gitu lah. Tak susah pun..paling sedikit hanya 2 rakaat..jika rajin lagi buatlah sehingga 8 rakaat ke..

Membaca Al-Quran



Yang ini,ina memang nak marah.Ada orang cakap.Baca al-quran hari Jumaat jer.Baca Yassin..baca Surah Al-Kahfi.. Tetapi hari-hari lain?? tak baca ke? Ehhhmmm. Dan ada juga jenis baca al-quran time mengalami kesusahan sahaja.Errrr... memang tak patut kan? Tetapi apa salahnya,luangkan masa.Cuba curi masa,selepas solat..ambil Al-quran dan baca walau 1 muka surat sekalipun.Tak susah lah.. tapi sekarang dah ada apps untuk membaca al-quran kan? mudah je sebenarnya.Jangan cari alasan!
HAA..satu lagi SIFIR ina.. jangan hidup berdengki.No,no,no.... Percaya lah! kalau korang asyik berdengki aja.. Contoh lah kan.. "Eleh,itu pun nak tayang. Jika  korang ada cakap macam ni,insyallah,nescaya hidup korang takkan kemana.Kat Situ jerr duduknya..sebaliknya..,kita kena tumpang happy untuk si polan tersebut. Sekurangnya..,ucaplah Tahniah!!

Psstt.. dah amalkan kesemua di atas tu..usaha pun jangan lupa ya..Lebih mujarab di susuli USAHA! Semoga berjaya semua.. 

Okay.. ini sahaja yang ina dapat kongsikan kepada kawan-kawan dan pembaca semua.Ina harap korang jangan mengeluh lagi selepas ini.Sila amalkan apa yang ina coretkan.Selepas ini,tak mahu dengar lagi dah..heeeeee.Teruk kan ina? okay..lastt ya..,lagi satu korang kena buat law of attraction sebelum tidur.

Okay..bye..lagi banyak ina bercakap..lagi mengarut je pasni.. okay...assalamualaikum.







type='text/javascript'>