6 Punca Jerawat serta cara mengatasinya

4:04 PTG
Majoriti wanita sanggup berhabis wang ringgit bagi menjaga kecantikan wajah mereka.Begitu juga dengan ina sendiri.Ehehehe..walau wajah ina bukanlah jenis Pan asia.Persis Izara Aisyah,diana dianelle.tapi tetap sayangkan kulit ni..orang kata itu pun aset selain rambut sebagai mahkota wanita..


Bayangkan jika sebutir jerawat tumbuh di wajah.Kan dah menggelabah..






jerawat



Jerawat terjadi adalah disebabkan mencuci wajah secara tidak sempurna. Ia sering timbul di kawasan yang berpotensi iaitu kawasan dahi,dagu serta pipi.Ada juga jerawat timbul di sekitar anak rambut.Macam ina sendiri, seringkali jerawat tumbuh di kawasan Zon T..Zon T ialah sekitar dahi,dagu dan hidung. Maklumlah,ina berkulit kombinasi.Jika di lihat..wajah ina memang tiada  masalah hal jerawat.


Punca jerawat


1. SISA MEKAP


mekap


Pastikan,korang bersihkan terlebih wajah dahulu dengan tisu basah atau pun Misellar Water sebelum mencuci wajah.



2.  MENCUCI WAJAH



mencuci wajah


Ini juga punca utama kepada terjadinya punca jerawat.Gunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit korang.

Ambil masa selama 5 minit semasa mencuci wajah.



3. PEMAKANAN




Salah satu penyebab dalam terjadinya jerawat.

Kenali kulit wajah korang,sesetengah wanita alergik dengan kekacang seperti kacang tanah dan gajus.

Bukan nak kata,budu tak elok yer.Tetapi sesetengah wanita alergik disebabkan memakan budu yang mana ia boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyaknya dalam masa seminggu. 



4. TABIAT MEMEGANG WAJAH



tabiat memegang wajah


Asal duduk relaks,pegang muka.Asal takde kerja jer..,tangan kat muka.Dah tu kenapa?? heee.. korang ada tak macam ni? tapi kenapa ya??? 


Tahukah korang, tangan kita ini ada banyak bakteria. Malah telefon korang itu salah satu penyumbang bakteria yang banyak.
Tak salah pun,kalau korang nak belek muka sekalipun,tetapi..sila pastikan tangan korang tu sudah di cuci sebersihnya..  



5. STRESS


stress


Ha..ini adalah punca terbesar bagi korang.Termasuklah ina sendiri. Jangan stress-stress tau.Nanti wajah cepat di tumbuhi jerawat. Dan lagi satu..kulit pun cepat penuaan. Ini tips untuk positifkan diri.. Tips elak kedutan  .



6. TIDUR 

tidur



Pastikan korang tidur mencukupi yer. Sekurangnya 8 jam sehari.Jika rehat pun tidak mencukupi..jerawat memang banyak akan keluar.Dan seterusnya, akan muncul pula eyebag di bawah mata.

Masa ketika tidur,dikatakan sel kulit akan diperbaiki seterusnya akan bekerja dengan lebih baik.

Kulit pun memerlukan rehat yang cukup sebenarnya bagi ia kembali bersinar dan sihat di pagi hari berikut.



Bagi ina,tak susah pun.Kalau nak cantik ni..Ehehehe,yang penting..tanamkan dalam diri...latih diri supaya istiqomah dalam rutin penjagaan wajah.Baiklah kita mencegah dari mengubati.Dah kalau nak ubati,memang makan kos dan masa juga tenaga.

Eh,memang lah cantik itu subjektif dan takkan kekal selamanya.Sekurangnya,kita hargai kurniaan allah s.w.t.. apa salahnya. Syukuri nikmat..orang kata.. jangan sampai allah tarik nikmat. 

2 ulasan:

  1. alhamdulillah
    nasib tak ada
    hehehe

    BalasPadam
  2. tangan gee pun sama!sukaaa je sentuh kawasan muka adehhh

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.