DIY : Cara WAX bawah lengan hanya di rumah DIY : Cara WAX bawah lengan hanya di rumah - Beauty dan lifestyle

DIY : Cara WAX bawah lengan hanya di rumah

Pernah tak korang mencabut bulu roma? Setengah wanita rimas akan bulu roma yang tumbuh tanpa kawalan.Ia tumbuh secara lebat di lengan tangan dan juga kaki.Sedikit sebanyak,tentulah mengganggu mereka yang mana ingin mengenakan skirt pendek.


Itu bulu roma,bagaimana pula dengan bulu roma kasar? Atau senang cerita..,bulu ketiak.Ehehehehe.. korang mencabut atau mencukur?? Haaa,sebenarnya mencukur tak bagus tau untuk kulit bawah lengan kita ni.Ini kerana ia begitu sensitif.Silap-silap boleh menghitamkan bawah lengan itu..dah tak cantik kan? Itu pun nak kena jaga tau.






Walaupun bawah lengan ia kawasan tertutup.Makanya..mestilah lebih penjagaan.Mencukur bawah lengan juga boleh menyebabkan kulit korang luka.Dah lah..luka yang mendapat..lepastu kulit bawah lengan pula menghitam dari hari ke hari.Haihhh~~ lagi stress kan? Lepastu berbau.Eeeeeuwwww~



Kaedah mencukur


Tips kali ini ina nak ceritakan bagaimana cara nak mencabut bulu kasar tanpa perlu mencukur.. ianya hanya perlu WAX sahaja.



BAHAN-BAHAN :

2 cawan Gula Kasar 
1 Biji air perahan Lemon 
Sedikit air


Cara-caranya :

1. Masukkan gula kedalam periuk yang telah di panaskan.Kemudian cairkan gula tersebut.
2. Cairkan gula sehingga ia pekat.Hati-hati ya! Jangan sampai gula tersebut hangus. Kecilkan api.
3. Kacau sekejap dan masukkan pati lemon  kedalam gula yang telah di cairkan tadi.
4. Gaulkan dengan berhati-hati ketika ini.
5. Teruskan mengacau bahan-bahan tersebut sehingga mendapat tekstur seperti yang diinginkan.(Jangan terlalu pekat)
6. Jika tekstur terlalu pekat..campurkan 1 senduk air kedalam bahan tersebut.
7. Biarkan bahan tersebut sedikit sejuk ?( ala-ala suam )




cara lakukan wax di rumah






CARA MENGGUNAKAN WAX


1. Sediakan kertas kosong...(potong dalam saiz yang bersesuaian dengan bawah lengan) seeloknya kertas berwarna putih ( boleh jer korang nak kertas bewarna warni tetapi tak berapa jelas akan bulu yang di cabut itu..heeee ).

2. Gunakan spatula atau sudu bagi meratakan wax di bahagian bawah lengan. 
(semasa proses wax..,pastikan bahan tersebut dalam keadaan suam)

3. Letakkan kertas strip yang telah di potong dan tampal di kawasan yang telah di sapu wax tersebut.Tekankan..supaya ia melekat dengan betul.Biarkan wax melekat selama 1 minit.

4. Tarik dengan cara pantas.Tarik ke arah atas.. 

5. Lihat hasilnya.

Jika wax masih berbaki di bawah lengan,pastikan ia di cuci dengan air suam.Atau boleh juga mengambil baki soda dengan cara mencampurkan ke dalam air panas.Biarkan suam, dan bilas terus kawasan tersebut.




PENYIMPANAN WAX 


Tempoh penyimpanan wax ini mampu bertahan sehingga 2 minggu lamanya.Pastikan ia di simpan di dalam bekas tertutup atau disimpan di dalam peti sejuk.(jika ingin menggunakan,cairkan sahaja dan sedia di gunakan)


BOLEH dan TAK BOLEH semasa melakukan proses waxing



Jangan melakukan Wax dalam ketika period


Ini adalah disebabkan waktu sebegini kita akan terasa sensitif.Mudah cepat terasa sakit.. Tetapi selepas seminggu period boleh lakukan.


Cara mengurangi Kesakitan selepas WAX


Yang ini,korang kena tekapkan bawah lengan dengan ais.Bila sudah kebas,insyallah..memang dah terasa sakit selepas waxing.


Dengan kaedah ini juga, membuatkan bulu di bawah lengan korang lambat tumbuh.Ini kerana,semasa proses waxing dilakukan..bulu di cabut sehingga ke akar.



Semoga korang lepasni dah boleh lakukan sendiri di rumah.. dan paling penting,dah tak berbau.Hehehehe.. faktor utama badan berbau ialah bulu kasar bawah lengan itu.Selamat mencuba... 
DIY : Cara WAX bawah lengan hanya di rumah DIY : Cara WAX bawah lengan hanya di rumah Reviewed by azlina ina on 10:48 AM Rating: 5

6 comments:

  1. tak pernah buat wax lagi
    nice entry

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi tahu cara buat wax homemade ni. mudah je rupanya. thanks share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. almost welcome.. ok,pasni wat sendiri je k

      Delete
  3. Boleh buat sendiri rupanyaa. Thanks sharing Kak Ina. Nak beli macam mahal je dekat luar sana.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.