Hujung Minggu yang membosankan Hujung Minggu yang membosankan - Beauty dan lifestyle

Hujung Minggu yang membosankan

Selamat berhujung minggu semua.. 

Nampak tak betapa bosannya ina di rumah.Ini dah entri ke 2 harini.Biasanya aben sorang jer 2 entri sehari...kikikiki.Okay..takde kena mengena langsung dengan aben..cuma dia founder Kelab Blogger Ben Ashaari je.. 

Petang-petang macamni sedap betul kalau dapat makan Air Batu Campur ke atau cendol..huuuuuh! Tapi takde pula kat kawasan perumahan ina yang jual macam ni. Jadinya,ina goreng aje lah keropok lekor.Makan dengan anak-anak sambil menaip entri sekarang ni.


keropok lekor 

Keropok memang menjadi makanan  WAJIB bagi kami sekeluarga.. pergi kemana sahaja.Mesti kami laki bini akan order di kedai makan.Heee.. Sebab utama,anak-anak ni mudah meragam sebelum makanan utama sampai ke meja.Begitu juga di rumah..akan simpan stok juga keropok lekor ni.

Ina kalau kat rumah memang mati kutu..Mr z tu,kerja dari semalam..hari ini sambung lagi kerja dia itu lahh,pasang cctv di rumah pelanggan.Lusa pula,Mr Z outsation pula..,so boring la.




Ina sebenarnya sangat malas nak keluar dari rumah ni..dengan 3 orang anak tanpa suami disisi.Pening kepala nak handle nanti.Silap nanti,ina yang meraung..payah nak kejar sorang-sorang anak.Nak pergi ke tasik belakang rumah pun malas tau.Huuuuhhh..risau anak pergi lompat masuk tasik jer. Haritu dah nyaris..Sara (yang sulung) sibuk sangat nak tengok ikan apa ada di dalam tasik itu.




Lepas ini,ina nak kena siapkan entri job review pula.Nak kena siap cepat,nanti senang.Standby..,kot kot ada job review lain masuk pula ke kan? Eh..,jenis ina memang macam ni..,suka settle secepat mungkin kerja.Nanti takdelah pening kepala.Heee.. 


Hujung Minggu yang membosankan Hujung Minggu yang membosankan Reviewed by azlina ina on 4:28 PM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.