Seni Mempertahan Diri.Perlu ke untuk anak-anak?


assalamualaikum dan selamat pagi.


Seni mempertahan kan diri mempunyai banyak pilihan serta jenisnya.Ada silat,taekwando,muay thai,dan kickboxing.Sehingga tak terkira dah ni.. 



Di Malaysia paling popular ialah silat dan taekwando.Majoriti Ibu ayah menghantar anak-anak ke kelas taekwando.Ada juga silat..tetapi tak ramai.Hmmm. Bagi pendapat ina sendiri,lebih elok menhantar anak-anak  memasuki silat.Secara tak langsung mampu meneruskan seni mempertahankan diri yang kian pupus dek di telan arus zaman.

Silat mempunyai pelbagai jenis sebenarnya..,antara yang popular di Malaysia dari jenis Silat Gayung.Zaman persekolahan ina dahulu ada silat tetapi ina tak joinpun..heee.

Okay..point sebenar yang ina nak sampaikan ialah.. Seni memeprtahan diri amat PENTING pada zaman sekarang.Nak tau kenapa? Ini adalah kerana di sekolah terlalu banyak gejala buli di sekolah. Haaa...,geram betul ina ni. Budak-budak sekarang, sekolah tadika pun sudah pandai buli pelajar lain.

Kes-kes pelajar yang tidak ke sekolah adalah berpunca dari menjadi mangsa buli.Nak salahkan siapa? Ibu bapa pembuli? kerana tidak mendidik anak anak dengan betul? atau penjaga mereka? atau guru-guru? Sekarang ni.. pendidik sudah tak boleh buat apa-apa.Rotan pelajar pun..dah kena macam-macam dengan ibu bapa.Semuanya dah tak boleh. Jadi,pendapat ina sendiri.Lebih baik hantar anak ke kelas seni mempertahan diri. Okay..selepas ini tiada lagi mangsa buli.




Ina sendiri nak hantar sara p belajar martial art..senang sikit.Dalam minggu ini sahaja,asyik mengadu bagitau,mata dia kena tumbuk..balik menangis.Bukanlah mengajar anak menjadi yang tak baik.Tetapi bagi perlindungan diri dia sendiri.Asyik jadi mangsa buli sahaja.Kesian pula,balik mengadu..kata orang ejek lah. 

Ibu mana yang tak sedih,bila anak-anak jadi mangsa buli di sekolah kan? Ingatkan sudah settle.Tetapi semakin menjadi-jadi.Harap ini keputusan ina yang betul.Bukanlah ina nak mengajar anak supaya jadi samseng di sekolah.Tetapi cukup sahaja untuk perlindungan.










type='text/javascript'>