8 Rutin Penjagaan Diri Wanita

Setiap wanita mempunyai rutin harian bagi penjagaan diri.Dari hujung rambut sehingga dari hujung kaki.Tajuk entri kali ini ialah antara penjagaan wanita yang perlu ada,bagi setiap wanita,khususnya.Malahan ia tidak mengira pelbagai lapisan umur.


8 rutin penjagaan diri wanita




1. KRIM SPF


Sangat penting krim SPF Krim ini dikatakan dapat melindungi kulit dari panahan cahaya matahari.SPF bermaksud Sun Protection Factor, yang merupakan ukuran seberapa baik produk (pelindung matahari) dapat melindungi kulit anda dari sinaran UVB (sinaran yang boleh menyebabkan selaran matahari dan menyebabkan kanser kulit). SPF sendiri biasanya mempunyai nombor label sendiri, seperti SPF 15, SPF 30, SPF 50 dan sebagainya.

Gunakan krim SPF ini di wajah serta pada bahagian badan yang berisiko terdedah kepada cahaya matahari.Untuk kesan terbaik,gunakan dengan kuantiti yang banyak.Usah kedekut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


 

2. PENYEGAR/TONER



Penyegar atau toner sangat penting kepada wajah.Ia berbentuk cairan.Bagi ina,ia membantu menghaluskan kulit wajah.Mengatasi masalah jerawat,kulit kusam,pori wajah terbuka dan kedutan.Serta dapat menenangkan kulit.Gunakan setiap pagi dan malam sebelum tidur.


3. SCRUB


Scrub ialah menggosok atau menanggalkan sel kulit mati pada wajah.Hanya di lakukan seminggu 2 atau 3 kali sahaja pada wajah.Ia membantu menanggalkan sel kulit mati.Mekap bercapuk juga disebabkan kulit wajah yang tidak scrub.

Selain wajah,tubuh badan juga perlu di scrub.Sama seperti fungsi di atas.Korang boleh amalkan melakukan scrub hanya di rumah sahaja.Dengan menggunakan bahan-bahan mudah di rumahKEPENTINGAN SCRUB TUBUH BADAN  .Juga dapat menenangkan diri korang tu.


 

4.  KRIM MATA


Macam tak penting kan? tapi sebenarnya,ia amat lah penting.Takkan korang nak biarkan mata panda dan mata bengkak akibat tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan tidur yang tidak mencukupi.Bahagian mata yang paling sensitif dan halus di kawasan bawah mata.Dan paling cepat berkedut.Takkan nak cover dengan mekap jer kan sepanjang masa? 


5.  KRIM ANTI PENUAAN 


Bila usia meningkat,masing-masing menggelabah.Risau akan kemunculan tanda garis halus pada wajah.Cepat atau lambat semua wanita akan merasai perubahan tersebut.Bagi mengatasi atau memperbaiki masalah tersebut,korang dinasihatkan menggunakan Krim anti penuaan (anti aging crean). Digunakan sebelum tidur pada sebelah malam.Tekstur krim ada yang berbentuk cecair krim dan jenis gel likat.


 

6. LOSYEN BADAN


Juga penting bagi wanita yang menginginkan kulit halus bak sutera.Cheewah! Tapi memang betul.Ada perbezaan kulit yang tidak memakai losyen dan pengguna setia losyen. Losyen yang terbaik bagi ina ialah ia mempunyai fungsi melembab kulit,mencerah dan jika ada Spf didalam losyen,ia satu bonus lah.

Tips: jika korang nak tubuh badan turut putih.Lakukan proses memakai losyen setiap sejam sekali.Dan apabila telah mendapat hasil yang seperti diinginkan,cukuplah di pakai setiap hari sahaja. 


 

7.  DEODORAN 


Eh,,badan saya tak berbau lah. Mana ada berbau pun.Kata si A kepada B. Walhal, satu pejabat boleh bau badan dia.. Haaaa.. jangan macam ni okayy.Jangan terlalu confident.Terseksa rakan pejabat korang tau. 

Deodoran adalah satu produk yang digunakan bagi mencegah  bau peluh di bawah lengan.Ada pelbagai jenis deodoran di pasaran.Jenis roll-on mahupun jenis stick dan juga spray.
Pastikan korang memilih mengikut keselesaan bawah lengan.Jika terdapat alahan terhadap kulit.Segera hentikan penggunaan.


 

8. BALM BIBIR 

 

Gunakanlah balm bibir yang mengandung vitamin E, minyak jojoba, asam lemak tak jenuh, sterol, dan asam oleat untuk melembutkan bibir anda. Balm bibir dengan kandungan ini paling banyak digunakan kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuk pada permukaan kulit bibir. Anda juga boleh menggunakan bibit bibir dengan kandungan emmolient. Kandungan tersebut boleh menjaga kelembutan pada bibir dan menjaga bibir supaya tetap cantik dan sihat.Emmolient terdapat pada minyak jojoba, mentega koko, mentega shea dan minyak badam.



Bagi korang yang menginginkan tubuh badan sempurna tanpa masalah kekeringan kulit.Laburkan sedikit wang bagi penjagaan yang khusus dan Perbanyakkan meminum air putih iaitu sebanyak 3 liter sehari (8 gelas).Di harap perkongsian ini dapat memberi kebaikan kepada wanita di luar sana. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Puan syah berkata…
banyak kan benda peribadi perempuan..hehe..indah jadi wanita

http://byshaz.blogspot.com/2018/03/kelebihan-surah-al-waqiah.html
azlina ina berkata…
iya.. betul tu.. satu pelaburan juga untuk kesihatan
Hans Hanis berkata…
banyak betul benda2 yang nak kena guna rupanya
Nak cantik mestilah kena rajin