SUATU MALAM PENUH MISTERI

4:50 PM
Agak lama tak update kisah-kisah seram di sini.Baiklah,setelah menyimpan lama kisah ini.Pada hari ini,akan Ina ceritakan kisah seram yang membuatkan Ina jadi penakut.Sebelum ini tak delah sepenakut ini.Begitu teruk sekali.








SABTU MALAM AHAD

Malam keajdian tersebut,anak-anak dan suami.Semuanya telah lena di ulit lena.Ina? masih di kerusi sofa di ruang tamu. Malam ini juga,entah mengapa mata ni sukar lelap.3 orang anak Ina,semuanya tidur di atas kerusi panjang yang ina duduki.Ermm,maklumlah.Ina suri rumah sepenuh masa.Jadinya,anak-anak semuanya mesra dengan ina.Selagi Ina tak tidur,mereka akan berkumpul 3 orang tu di tepi Ina.

Berbalik kepada kisah tadi,yang pelik..semakin lewat malam.Mata semakin cerah.Sambil Ina duduk di atas kerusi sofa tersebut.Sambil melayan whatsapp group kerja.



TINGKAP BELAKANG RUMAH DI KETUK


Sedang asyik melayan whatsapp.Secara tiba-tiba,kedengaran seperti bunyi seseorang mengetuk pintu belakang.Semasa ketukan berbunyi,Ina di dalam hati berkata "Aduhai,jiran belakang rumah ini pun.. kuat betul p ketuk pintu dah kenapa?"

Terdetik didalam hati berkata,Eh,,ini dah jam berapa... sambil mata ina melirik kearah jam dinding.Jam di dinding waktu ini menunjukkan 12.45 malam. 



MELAUNGKAN AZAN

Haaa???? Perasaan ini ketika ini.Jantung laju teramat mengepam.ALLAH! Secara automatiknya,Ina azan  dengan suara yang ketakutan.Lantas ina bangun,tinggalkan anak-anak di atas kerusi sofa tersebut.Ina bergegas lari ke bilik utama,bagi mendapatkan suami..tetapi suara ina seperti tersangkut di kerongkong ( waktu ini ina azan sambil berjalan).Bayangkan suara macam mana? Dan langkah kaki ina secara tiba-tiba terhenti di depan bilik utama.


BERJAYA MENDAPATKAN SUAMI DI BILIK UTAMA


Apabila ina telah berjaya mendapatkan suami di bilik utama.Pada ketika ini,Ina baru hendak mengejutkan suami.Dan bunyi ketukan semakin kuat. 

"takkkk takk takk takkkkk" bunyi ketukan keadaannya seperti pintu mahu pecah di buatnya.Bunyi seperti seseorang ingin memasuki rumah dengan tergesa-gesa.


SUAMI MASIH MAMAI 


Setelah suami di kejutkan,suami masih tak sedar.Agak payah lah sedikit ingin mengejutkan dia.Dan apabila suami berjaya Ina kejutkan.Antara perbualan ina bersama suami.



Suami : Kenapa awak ni?

Ina : Bang,dengar tak tu (kali ini ketukan ke 2) .Ada bunyi ketukan di pintu belakang.Kuat sangat bang.Pergilah tengok kenapa?

Suami : Sambil menggosok matanya. Dengan suara yang masih mamai (separuh sedar dari tidur).Ishhh,mana ada lah.Ni kan sudah tengah malam.

Ina : Terus bergegas berlari ke tandas yang juga di dalam bilik utama.Meluru bagi mengambil wuduk.

Suami : Terpinga-pinga.Mungkin masih tak faham.

Dan semasa Ina di dalam tandas tersebut,ina masih dengar lagi ketukan.Bunyi ketukan Kali 3,tersangat kuat dari bunyi kali ke 2 tadi.


SUARA TIDAK JELAS KETIKA MEMBACA AL-QURAN


Bingkas ina membuka almari,tempat simpanan al-quran bagi mengambil naskah al-quran.Semasa ina mengalunkan bacaan ayat suci al-quran.Bunyi gangguan tersebut sudah tiada.Tetapi,suara Ina pula.Tidak jelas kedengaran.Mungkin sebab Ina ketakutan masa ni kan? Ina bacakan Yassin.Tetapi suara hanya di dalam kerongkong sahaja.Suami? masih tidak faham.Dan membuka lampu ruang dapur kering bagi memeriksa keadaan sekeliling.

Sebanyak 6 kali surah yassin di baca bagi menghilangkan ketakutan yang ina alami.Apabila memasuki bacaan ulangan yassin kali ke 5,barulah keadaan Ina pulih seperti biasa.Suara telah kembali kepada asal.Suara Ina jelas kedengaran,tidak lagi bunyi didalam kerongkong.

"sebelum ini pun ada juga gangguan lain.Kata ustaz,ada benda-benda yang nak mengusik" Disebabkan ini laluan mereka.

Setelah selesai semuanya,Ina menyuruh suami mengangkat anak-anak masuk ke dalam bilik.Dan tidur seperti biasa.Sebelum tidur,Ina bacakan ayat-ayat Qursi sebagai pendinding diri.Alhamdulillah.

Akibat dari kes malam tersebut,segera ina bertanyakan jiran sebelah.Adakah dia juga terdengar bunyi ketukan yang agak kuat itu? Dan,disebabkan cerita ina juga,jiran sebelah ketakutan.Maaf yer jiran sebelah rumah..hiiii.

1 comment:

  1. Aduhhh... Main ketuk2 plak dia... Nak tumpang lalu ker ape... Hisshhh...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.