Sejak semalam nampak pelik,kenapa lah Pageview mencanak naik ni.Belum apa-apa update blog,dah cecah 4++.. Hurm.Terdetik lah di hati ina nak intai keyword apa yang masuk ke blog ehbelogaku.com ni ha..



keyword di blog 

WAJIB AMBIL TAHU TENTANG TOPIK HANGAT DI BLOG


Antara keyword yang hot di blog ina semalam,ada yang mencari resipi masakan,cerita seram,dan 2 produk yang ina review iaitu bonnisan dan jug abio essence juga turut tersenarai dalam carian di google pada hari semalam.

Ada yang kata,itu tidak penting.Tetapi bagi ina,ia sangatlah penting.Ina surirumah sepenuhnya,sudah tentu lah,pendapatan Ina mengharapkan 100% dari sumber penulisan di blog.


ARTIKEL BERKAITAN

Ina suka kupas lagi artikel tersebut untuk dapatkan lebih pemahaman pembaca.Contohnya artikel Mencabut atau mencukur bulu bawah lengan  dan DIY cara membuat wax bagi mencabut bulu bawah lengan dengan selamat


Memang tak sangka,ada juga orang cari entri ina untuk produk Bonnisan Himalaya ni.Eheheeh..jangan muntah hijau pula yer.Kalau takde siapa puji,siapalah lagi  jika bukan empunya blog kan? hikhiks..,perasan juga ina ni kan.

Alhamdulillah,bagi korang tidak tahu apa tu bonnisan himalaya,boleh refer entri sebelumnya Bonnisan Himalaya kembalikan selera makan anak 



PAGE PERTAMA DI CARIAN GOOGLE 





Ini bukti dia,ehehehe.Gambar kat atas itu lah buktinya.Bukan senang artikel nak muncul di page pertama di carian google tau tak.Semakin seronok tau,bila artikel kita ada di page pertama google.Peluang tinggi untuk pembaca klik.

"Eh,,ini Ina buka google di new ignition window tau.. Karang  ada yang cakap,ina syok sendiri pula yerk.


Okaylah,setakat ini sahaja coretan santai Ina.Lepasni nak siap sedia untuk menulis artikel produk review pula.Nantikan yer.. produk kecantikan yang datang nya dari KOREA.Kbba9