Aktiviti Weekend bersama keluarga tercinta - Beauty dan lifestyle

Aktiviti Weekend bersama keluarga tercinta




Semalam adalah hari penuh ceria bagi ina sekeluarga.Hari selfie juga ni.Aktiviti dari tengahari sehingga lah hampir senja,barulah pulang ke rumah.

Gambar atas tu,ialah adik ina yang nombor 4.Jarang sangat,Ina bergambar dengan dia ni.heeeehehehe.



MEMENUHI JEMPUTAN KAHWIN


Tengahari semalam,Ina menghadiri majlis perkahwinan jiran rumah mak lama iaitu di Beserah.Majlis diadakan secara sederhana dirumah pihak pengantin perempuan.

Mujur lah masa makan itu,anak yang bongsu Ina.Si Furqan,suami yang pegang.Ehehehe..Ada juga peluang ina untuk makan dengan tenang,hahaha.Biar abah dia lah pula melayan karenah sibongsu.Manakala, 2 orang lagi anak ina soffea dan sara Ina yang bawa pergi ke bahagian makan tempat perempuan.

                                     
                                                                         

Okay,sudah sampai ke rumah.Dah siap makan di kenduri tadi.Muka pun dah comot ni,sebab semasa di kenduri tadi,waktu tengahari.Dengan cuaca yang panas terik.Masa ni,giliran ina menunggu ayah dan mak ina pula untuk keluar bersama keluarga.Ehehehe..Sebelum itu,sempatlah selfie dahulu yer.Jarang betul bergambar di dalam kereta ni.



BELI BARANGAN KEPERLUAN DAPUR



Okay,singgah dahulu ke tunas manja.Beli sedikit barang keperluan dapur.Dalam planning nak buat popia cheese ni sebenarnya.Nantikan resipi di blog satu lagi ina yer nurimanqhaisara.com .Beli dalam kuantiti sedikit sahaja,lagipun barang dapur yang lain sudah di beli pada awal bulan haritu.Ini tambah sedikit aja,untuk memasak popia cheese.

Kebetulan mozarella cheese brand Anchor ada promosi pada harga RM 9.90 sehingga 30.4.2018. Terus ina grab keju mozarella tu.Berbanding dengan brand lain mozarella cheese pada harga RM 14.Alhamdulillah,rezeki dapat yang murah.Dapat lagi penjimatan kat sini.



EAST COST MALL,KUANTAN


Okay,selesai membeli barangan dapur di tunas manja.Kami singgah di East Coast Mall pula.Hihihihi..Kami sekeluarga duk window shopping sahaja.Duk intai-intai baju raya dulu kat sini.Ada banyak juga sale di dalam parkson.Kasut lelaki dan sandals semuanya cantik-cantik kat sini..




Adik beradik ina semuanya kaki selfie.Ini pun,tak tahu bila boleh sampai ke destinasi di tuju ni...tehehehe.Sebab dalam East Coast Mall ni salah satu port menarik untuk bergambar.Lighting dan latarbelakang semuanya cantik sangat.Hahahaha.. banyak lah juga kami berselfie.Penuh memory..kikikiki.Tengok tu,mak ina pun nak join juga.Ehehehehe.. 

KEDAI EMAS


Tujuan utama keluar,sebenarnya ingin  pergi ke kedai emas.Iyalah,gelang ina ni sudah putus.Sudah sekian lama,tidak berbaiki.Gelang putus ni,disebabkan anak ina..si Furqan itu masa dia kecil.Mengamuk nak minum susu.Entah macam mana,di rentap nya gelang ina ni ha.Dah patah di cangkuk nya itu.Kos repair pun,tidaklah mahal mana pun.Adalah sebanyak RM 30 jer untuk dibaiki.Dahulu pernah ke kedai emas yang ina beli selalu itu.Tetapi disebabkan ina pergi hujung minggu,makanya tukang emas pun cuti lah.Kena datang the next day pulak..hurmm.

Bagi ina,tidak penting gelang ni semua.Ada pun,simpan.Yang masih gunakan ialah rantai dan cincin sahaja.Harap sangatlah,ada rezeki lain.Teringin juga nak bertukar patern baru.Ehehehe..Korang mesti cakap ina ni poyo kan?? Tadi cakap tak minat gelang.Tetapi ada hati pulak nak bertukar pattern terbaru.Huhuhuhuhu..Jenis ina macam ni,Akan gunakan sekejap sahaja.Lepas tu,akan simpan.Tunggu raya pula,barulah pakai.Hahahaha.



TELUK CEMPEDAK ATAU TC


Port last sebelum pulang ke rumah.Singgah di  Teluk Cempedak sebentar.Cukuplah dapat berehat di sini sementara menanti adik-adik ina membeli barangan keperluan diri seperti tudung dan minyak wangi.Ina,anak-anak dan mak abah semuanya duduk berehat di dalam kereta.Sebab kami semua keletihan,hihih.

Yang paling ketara keletihan adalah soffea.Tertidur didalam kereta,kesian pula tengoknya.Soffea dan Furqan,okay jer.Masih bertenaga lagi tu.Hampir senja,barulah kami pulang ke rumah masing-masing.

Okay,walaupun ina sudah berkahwin.Ina tetap adakan satu ruangan untuk ina bersama mak,abah dan adik beradik yang lain.Kiranya Me time lah ni..



Aktiviti Weekend bersama keluarga tercinta Aktiviti Weekend bersama keluarga tercinta Reviewed by azlina ina on 8:42 AM Rating: 5

5 comments:

  1. family time la ni heheheh sue pun banyak kenduri 2 hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. syoknyerrr... lama dah takdapat banyak gitu kenduri

      Delete
  2. Replies
    1. bestlah ciknor.Gantung semua segala kuali dan periuk..hahaha

      Delete
  3. best kan dpt spent time bersama family tercinta :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.