Di hina apabila tidak bekerja??

2:37 PM

Tengok tajuk tu.Iya,Ina memang sudah tak bekerja.Suri rumah sepenuh masa.Tiada pekerjaan buat masa sekarang.

Ada yang tak senang duduk bila Ina ni tidak bekerja.Betapa sibuk nya,menjaga tepi kain orang.Huhhh! letih bila memikirkan.Tapi tidak kisah pun.Cuma nya,meluat lah.Mulut-mulut ini berbunyi.Tetapi yang berbunyi itu adakah dia yang memberi makan pakai Ina selama ini.

Ina tak minta apa, jangan yang busy body menjaga hal ina tu,jangan binasa hidupnya sudah.Jangan esok lusa nak mati,payah.Kita tak tahu macam mana bahagian kita kelak.




TIDAK DEPRESSED


Alhamdulillah,setakat ini. Ina tak depressed dengan orang-orang negatif berikut.Sedikit pun tidak menjejas fikiran.Cuma agak terkejut.Eh,ada juga yang busy body menjaga hal Ina.Prihatin sungguh mereka ini.Terima kasih diucapkan. 

Ada Allah,so..kalau ada apa-apa.Ina akan cari kalam allah untuk kuatkan diri dari dalaman.Insyallah.Tetapi,kita sebagai manusia.sudah pasti ada emosi negatif yang menganggu fikiran.Berikut Cara ina untuk kekal positif diri



YANG LEPAS,BIARKAN IA BERLALU PERGI

Ia..,yang lepas,buat apa nak di kenang kembali.Sebelum ini,Ina aktif berbisnes.Mungkin rezeki Ina tiada didalam bidang bakery.Dulu-dulu,bolehlah aktif menjual biskut raya dan pelbagai roti.Kini,Ina ingin besarkan anak-anak terlebih dahulu.


SURIRUMAH SEBAGAI BLOGGER


Yup,sedikit sebanyak ia memang serasi dengan jiwa Ina.Ada yang bertanya Ina,blogger paid review ker?? Eh,tidaklah.Blog ina bukan seperti majalah.Ada ina selitkan tips kecantikan dan lifestyle di ruangan blog.Boleh stalk yer..

Bukanlah setiap hari ada terima paid review di blog,jika tiada.Ina kekal aktif berblogging.Enjoy sangat menulis di ruangan blog.Sebenarnya ini blog ke 2 Ina dan blog utama ina ialah nurimanqhaisara.com


REZEKI SEBAGAI BLOGGER






Adalah Sedikit sebanyak menerima paid review dari traveloka,produk kosmetik,kecantikan dan pelbagai.Rezeki anak-anak ina juga ada bersama.Alhamdulillah.. sudah tidak perlu lagi beli sebab sebahagian ada yang sponsor.



Review produk kosmetik dari Imanni Skinz 





Review  mandian Carrie junior 





susu rumusan S26 Progress dari Home tester club


Okaylah,malas lah nak bercerita lagi.Hihihihi..taknak unsur negatif merebak kat korang pula yer. Dan, artikel ni.Korang janganlah ajak ina nak join MLM ker ape yer. Sebab ina memang dah tak berminat lagi.Ina sudah penat dengan semua itu tau. 


Yang mengata di belakang Ina tu,bawa bawa lah bertaubat.Langit tak selalunya cerah.Jangan berdengki bagai.Hidup memang takkan kemana.Pernah dengar mulut masin? Haa.. apa yang takde.Hihihihi.. Gurau aje. 

10 comments:

  1. Setiap orang ada ujian dan cabaran. Insha Allah, rezeki masing-masing juga

    ReplyDelete
  2. Keep calm and strong kak ina.. Biasalah hidup ni kak, ada aje yang tak kena di mata orang.. Mungkin orang yang suka cara hal orang tu, dia takde life tu..

    ReplyDelete
  3. mulut orang ina memang tak boleh nak tutup.. sama la org kat sini duk sibuk bertanya mil ekin knapa tak kerja or mengasuh dapat la duit juga..

    ReplyDelete
  4. Sabar ye sis, tuhan dah tetapkan apa yg terbaik buat kita :)

    ReplyDelete
  5. Saya faham... Kadang Bukan xnak cari keje tp belum rezeki. Saya aktifkan diri blog ...tp tula pempuan kalau x keje cam loser sgt dibuatnya

    ReplyDelete
  6. hamboi.. main hina hina plak.. hee~ biasa la mulut orang kan.. abaikan jek sis.. dia tak tau income kita menulis nih lebih dari puas hati.. dapat tengok anak2 membesar depan mata, priceless tau..

    ReplyDelete
  7. Feel. You ina.. . Kak nina pun housewife dah more ten years.
    Housewife ni kena lagi cekal sekuat batu gua gitu.
    Kena hempuk pun tak pecah. Hehee. .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.