Jangan fikir masalah,tetapi selesaikan masalah - AURA blogger

Jangan fikir masalah,tetapi selesaikan masalah



Kadang-kala ke laut juga diri ni.Bila memikirkan sesuatu..Dunia yang takkan pernah habis dengan masalah. Ohhh,negative thinking la Ina ni yer.Tapi kan,nak layan negatif tu boleh.Tapi..janganlah sampai berlarutan ye tak? Sehinggakan boleh mempengaruhi orang di sekeliling kita tu..Yang itu,paling merbahaya.Silap-silap,korang boleh hilang kawan tau!


Masalah? Semua orang ada masalah.Tetapi jangan terlalu serabutkan kepala.Jangan fikir masalah,tetapi menyelesaikan masalah tersebut. Pernah tak? Bila kita mempunyai masalah.. Makin serabut kepala? Yang mempunyai masalah seperti Depress,Tekanan Darah Tinggi..lagi lah sakit. Silap-silap boleh mati mengejut tau.


Pernah mempunyai masalah,tetapi buat bodoh ajer.Tetapi,tipu lah jika tak pernah menangis tu kan? Malas nak melayan sebenarnya.. apa yang ina lakukan ialah perbanyakkan membaca al-quran.Jiwa tenang.. rezeki lancar.

Alhamdulillah,sepanjang 31 tahun Ina tiada penyakit di atas (cuma darah rendah ..).Tetapi,kadang kala ia akan hadir juga menyakitkan kepala.Itu adalah gangguan dari syaitan,yang ingin membuatkan fikiran cucu adam terus dalam kesesatan,Ecececeh.Pokok pangkalnya, kita sebagai umat islam,harus tahu mengawal situasi berkenaan dengan cara terkawal.


Sesekali korang lakukan aktiviti kesukaan korang tu..bagi menghilangkan kes stress kerja ke masalah peribadi ke kan?

Errrkkk..apa lah yang ina merepek kan  yer di entri ni? Motif?? Tak bermotif langsung. Sebab tengah cari mood sebenarnya.Masih proses mencari siapa lah yang nak Make Up kan Ina ni haaa??? 


Lokasi di atas ialah di taja sepenuhnya oleh Ancasa Royale,Pekan Pahang.Boleh baca artikel tersebut di sini : Media Preview Buffet Ramadan di Ancasa Royale,Pekan Pahang.



Jangan fikir masalah,tetapi selesaikan masalah Jangan fikir masalah,tetapi selesaikan masalah Reviewed by azlina ina on 10:45 AM Rating: 5

2 comments:

  1. betul tuu, buat semak kepala fikir tapi x selesaikan

    ReplyDelete
  2. Buat keje kena satu satu. Tk boleh cmpur adukkan. Then jgn fkir pasal org lain. Fkir dn kluarga je. Itu most important. Chaiyok kak ina !

    ReplyDelete

Powered by Blogger.