Jawapan kepada Emel seorang pembaca BLOG

5:10 PM



Pada mulanya,dalam hati.Eh,siapa pula kali ni  hantar emel .. nak berkolaborasi dengan Ina di blog ke?.Tehehehe.. perasan kan?? Bajet Top Blogger la kot..Hiihi.



EMEL DARI SEORANG PEMBACA BLOG DI EHBELOGAKU.COM

Rupa-rupanya,emel dari seorang pembaca blog Ina sendiri.Pada asalnya,pembaca blog ini nak beli domain,setelah membaca entri :  berjaya memiliki Domain sendiri

Tetapi..mungkin pembaca blog ina.. wang ringgit tidak mencukupi untuk membeli domain sendiri.Dia menangguhkan hajat tersebut.Adalah dalam 3 emel yang ina balas bagi menerangkan berkenaan Domain tersebut.



NIAT YANG BETUL UNTUK MEMPUNYAI BLOG

Pesan Ina,jika ingin berblogging.Tidak salah.tetapi pastikan nawaitu kita jelas.Tidak boleh ikut orang lain.Contohnya..,jika nampak Si A banyak Job dari blog.Dia pun nak ikut sama. Hurmm..,bukan apa,risau nanti.dalam dunia blog tidak lama.Sebab asyik terikut-ikut orang lain.Bukan disebabkan minat.Silap-silap,Si B ni jadi blogger Copy Paste.Yang tu paling bahaya woo..



BERMULA DARI BAWAH SEBAGAI BLOGGER


Macam ina sendiri,blogging pada tahun 2013 lagi.Tetapi masa tu,tak faham apa itu blogger.Sebab waktu itu,Ina hanya Fokus berniaga produk VIRAL.Pelbagai produk semasa ina jual tau.Hihihihi..Update entri blog pun, hanya sebulan 3 kali.Itu pun nak update stok baru masuk sahaja.Huhuhuhu.Sadis giler perjalanan ina kan? Ina hanya duduk dalam dunia bisnes masa tu.Siang bekerja,malam pula Cod barang kepada customer.

2017,barulah serius dalam blogging.Tetapi masa tu kan,Blog Ina nie hanya update kisah seram sahaja.Itupun seminggu sekali baru ada story.Blog pun tak cantik masa tu.Bertemakan blog penuh misteri.Pernah di offer 1 entri seram dengan bayaran RM 30 sahaja.Tetapi tidak berbaloi.Kini,entri seram banyak di simpan di dalam draft sahaja.


OTAK JAMMED BILA BUKA 'CREATE POST' DI DASHBOARD BLOGSPOT


Masa ni lagi lah..,buka jer 'create post' seolah-olah ada sesuatu menghalang.Tidak tahu cara menulis.Nak tulis apa.. Macam terikat iya jugak.Sama ada nak tulis entri dalam bahasa baku atau bahasa pasar sebenarnya ni..ehehe.



EJEKAN SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MENULIS 


Yang ni paling kelakar sangat bila di ingatkan.Tetapi ina jadikan sebagai pembakar semangat Ina.Sewaktu bekerja sebagai Kerani bengkel kereta.Ina di minta menulis report berkenaan kereta yang masuk ke bengkel bagi tujuan kos pembaikan di lakukan.

Hahahah,entah macam mana.Di sini lah kot,titik tolak nya bermula sebagai blogger.Report kerja,ina buat story kauu.Pecah perut bahagian admin baca.Memang agak lucu. Tetapi, Ina sangat berterima kasih kepada Admin tersebut.Sebab dia lah yang berjaya jadikan ina seorang yang rajin menulis..ehehe. 



JENIS PENULISAN DI BLOG


Penulisan ina jenis santai.Seperti Ina bercerita di depan orang.Pernah menulis cara lain.Tetapi rasa macam tak seronok pula.. hihhihi.Macam Feel tu tak menusuk tertusuk di kalbu,ecececeh.Macam tu juga,rasanya pembaca Ina.Jadi ina kekalkan macam ni lah penulisan Ina.Alhamdulillah.. 



BLOGGER MEMANG KENA HATI KENTAL


Iya,dulu memang Ina kuat sentap tau.Huhuhu..Alhamdulillah,sekarang sudah boleh terima kritikan dan kecaman netizen di luar sana.Huhuhuhu.. Kata blogger kan? Memang tak simpan dalam hati langsung.


DUIT ATAU HOBI BLOGGING 

Nasihat Ina,korang kena cari identiti tu.Niche blog yang sesuai bagi memudahkan korang nanti untuk ke peringkat seterusnya.Dan paling penting,korang kena beli domain.Bukan apa,jika tiada domain.

Blog korang akan hilang secara tiba-tiba tanpa boleh di kesan.Ehehehee..Ina cakap begitu adalah di sebabkan pengalaman lalu.Huhuhu.

Last sekali,tanya diri sendiri.. apa tujuan korang ada blog?? Adakah semata-mata kerana nak buat DUIT? Atau sebab HOBI?? ehehehe.. Fikir-fikirkanlah. Tetapi,jika sebab nak buat DUIT,memang agak penat lah.Huhu..tak nak lah nanti, bina blog seminggu lepastu senyap.Kesian kan?



Okaylah,setakat ini sahaja.Nak panjang-panjang kisah,lain jadinya nanti.Ehehee.Di harap jelas jawapan kepada penghantar emel tersebut.Terima kasih kerana sudi chat bersama Ina. (Akak pun masih baru dalam blog ni tau..hihiks)



9 comments:

  1. kalau kin, berblogging ni sebagai hobi di masa lapang. tapi jadi addicted pulak. kalau sehari tak tulis entri rasa gundah gulana je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. tak keruan,jika tak berjaya update entri blog kan.

      Delete
  2. Kalau belum ada bajet, mulakan dengan platform free dulu..dah ada bajet baru beli domain. nak success kena rajin tinggal komen kat blog blogger yang lain..follow blog diorang..make sure widget follower pun ada kat blog kita..kumpul dulu follower..entry plak boleh jer buat apa2 entry personal sesuai niche yang kita pilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA.. pun salah satu juga bw.Thanks penambahan pendapat

      Delete
  3. yes setuju blogger hati memang kena kental :)

    ReplyDelete
  4. ekin pun 8 tahun dengan blogspot.. tahun ni baru tukar tu hadiah hari lahir suami bagi hihihihi.. mulakan dengan blogspot dulu kalau tak ada bajet.. selalu blogwalking dan kenali rakan blogger. ekin pun buat saja2 hilangkan boring dekat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe..sama pula kita.Suami bagi juga..tapi sempena anniversary.

      Delete
  5. Siqah setuju bab blogger kena kental dan tak perlu ikut cara blogger lain. Masing2 ada identiti sendiri. Blog Siqah rasa macam takde niche. Lebih kepada personal dan ikut mood je nak update apa. Hehe.

    Nway, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah ye :)


    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Powered by Blogger.