Kisah ina dan anak-anak semalam.Seharian kami outing.Dari tengahari sampailah senja..ehehehe.


Gembira tak terkata


Baiklah,memang moment gembira bila dapat keluar bersama keluarga kecil Ina ni tau.Ina bersama anak-anak dan juga adik bongsu serta mak abah.

Yang paling gembira,sebabnya.Hari gantung periuk belanga pada hari semalam (Sabtu).Sesekali cuti memasak.Kan seronok! Suri rumah macam Ina nak lah juga ada masa,iaitu orang panggil 'Me Time' haaa.. 


Makan Kenduri di Kampung Pantai Beserah


Kali ini Ina bersama keluarga makan-makan kenduri di satu Kampung ni.Kampung berdekatan Pasar Segar Ikan di Beserah.Kenduri yang Ina pergi semalam tu,ialah tauke ikan di beserah.Juga merupakan kawan mak Ina sewaktu bekerja di kilang semasa zaman muda mudi dahulu.Ecehhh

Semasa kami sampai di kenduri tersebut,rupanya orang sudah ramai.Ina fikir,Ina tetamu paling awal sampai..rupanya..ada lagi yang awal lahhhh! Walhal baru jer jam menunjukkan pukul 12 Tengahari,tetapi tetamu yang hadir sudah memenuhi ruang makan khemah.Jadi,terpaksa lah menunggu giliran meja.Huhuhuhuhu..Dengan cuaca panas terik semalam..huhuhu.


Lauk Kenduri Gulai Kawah menjadi pilihan Ina

Lauk kenduri,alhamdulillah.Memang mengena dengan tekak ina.Sebabnya ada lauk gulai kawah..tehehehe.Itu yang paling utama.Kuih muih pun banyak pilihan.Dan pencuci mulut ialah bubur dan tembikai.Dan paling best,di kenduri ini ada 8 jenis pilihan air..huuuuuhhhh! sedap gila lah pilihan air tu.

Tapi sayangnya.. Ina tak ambil gambar.Maklumlah,sibuk dengan anak-anak.Nak kena handle yang baby tu lagi. hukhukhuk!Suami memang takde sepanjang kenduri ni..Kerja.


Di kejar Angsa belaan penduduk Kampung 


Alahai...,geram betul lah semalam.Ina bersama keluarga,ingin melalui di sebelah rumah-rumah kampung tersebut.Pada mulanya,kami okay jer tau.Ada satu rumah papan tu memelihara angsa dan itik-itik.Kesemua haiwan peliharaan itu di dalam reban.Ina okay jer..,kemain berlagak berjalan di depan binatang tersebut.Huhuhuhu

Selesai makan kenduri,memang ini jalan utama untuk keluar.Entah macam mana,ada pula seekor angsa yang di lepaskan.Aduhhh! geram betul lah.. Jika tak silap Ina,angsa yang garang tu,angsa jantan.Panjang leher dia tuu..duk bising-bising sambil kejar Ina.

Kebetulan,ada seorang lelaki yang menggunakan laluan yang sama dengan Ina.Dia lah yang tolong halaukan angsa tersebut. Jika tak silap Ina, dekat 10 minit juga,angsa tu duk acah-acah kejar Ina dan keluarga Ina tu tau.

Mengimbau kembali,pengalaman Ina di kejar Angsa semasa zaman ina kanak-kanak..

Ada satu hari itu,nasib tak baik.Ina nak ke sekolah,mesti akan melalui laluan itu.Akan melintasi rumah orang yang membela angsa tu.. Ina kena sudu dendan angsa tersebut.Sakit tau! Mulut angsa tu..siap menangis lagi Ina. Huhhh! Tu yang jadi fobia dengan angsa nii..sehinggalah sekarang.   




Okay,selepas balik dari kenduri.Berehat sekejap..selepas asar tu.Kami keluar kembali pada hari semalam.Kali ini,giliran Abang sulung Ina yang kebetulan dia ada berkursus di Kuantan.Terus mengajak jalan-jalan sekitar bandar Kuantan.

Ni anak-anak Ina.Suka sangatlah.Mereka ni memang kaki jalan..hahaha.Tengok muka masing-masing yang excited sangat tu dalam kereta pak long dia.Haihhh! Seronok yerr.. Okay,bye. Setakat ini sahaja coretan ina sepanjang aktiviti sabtu kami.