TIPS PERUT KEMPIS - Beauty dan lifestyle

TIPS PERUT KEMPIS



Perut kempis,antara idaman wanita.Begitu juga lelaki.Tetapi cara nak konsisten perut kempis dan ramping itu,agak menguji kesabaran.Tambahan lagi,dengan kedatangan makanan hipster sekarang.Yang mampu mengundang pelbagai penyakit.Perghh! lagi lah sukar nak miliki perut seramping ratu kebaya.Oppss!..

Okay,entri kali ini.Ina nak share dengan korang tips berguna untuk kempiskan perut.Dengan cara semulajadi tanpa memakan segala jamu mak nenek.



BAHAN-BAHAN


1 Kilo halia Muda (dikupas kulitnya)
1 Botol Cuka masakan 



CARA-CARA MENGHASILKAN BAHAN SEMULAJADI UNTUK PERUT KEMPIS


1. Setelah halia di buang kulit,blender halus halia tersebut.
2. Panaskan periuk dan masukkan halia yang telah di kisar halus itu ke dalam periuk.
3. Tuangkan kesemua cuka masakan kedalam periuk tadi.
4.Biarkan ia menggelegak.
5. Biarkan sedikit sejuk,dan sedia di gunakan.


CARA GUNA 


1. Biarkan agak suam.Tetapi,kalau korang jenis sukakan panas-panas.Lagi mujarab..rasa lega jer kat perut tu..ehehe. Dan terus sapukan pada permukaan perut.
2. Balut perut dengan bengkung.(Pastikan di ikat kemas)
3. Sedap di pakai sewaktu masih panas.


Info tambahan:

  • Jika konsisten,boleh kempis perut.Insyallah..,angin memang cepat keluar.
  • Resipi ini mampu bertahan selama sebulan.
  • Panaskan setiap kali ingin menggunakan.


Lagi satu,ina memang pantang sejak bersalin dari anak pertama lagi.Antara pantang Ina elak dari perut buncit


  • Tak minum ais (Ais ni buat badan kita jadi lemah dan berat)
  • Air kelapa pun Ina pantang (Orang tuatua cakap,boleh membuka saiz badan.Mungkinlah kot,mungkin juga atas tindak balas seseorang)
  • Waktu makan jangan bersulamkan air. Ini pun penting juga..hihihi.Ina selalu minum air,apabila nasi sepinggan habis.Barulah minum air suam.

Mungkin juga dari faktor keturunan kot.Eh,entahlah.Emm,jus buahan pun penting bagi Ina ni.. Jika tekak terasa nak minum air manis.Ina buatkan jus sahaja.Tanpa campuran air atau gula.. 100% dari pati buah.


Carrot juice

Mengancam tak carrot juice ni? Ina minum pagi dan pernah juga waktu tengahari dan malam.Hihihi.. Daripada minum air manis kan,baiklah Cari juice buah macam ni. 2 batang carrot juga untuk hasilkan air juice yang betul-betul kaw.
TIPS PERUT KEMPIS TIPS PERUT KEMPIS Reviewed by azlina ina on 3:53 PM Rating: 5

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. wahhh rajinnya kak! menarik juga resepi halia + cuka tu. rasa macam nak try tapi takde bengkung acamno? hahaha

    ReplyDelete
  3. Kna cuba ni.. Perut da muncit hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.