Boleh dengar ke Suara Hati seseorang?

Eh,tiba-tiba pulak dah..mula terfikirkan tajuk 'Suara Hati'... Ehhh,korang.Ni bukan tajuk album ke atau lagu atau Drama yer. Ehehehe.Ini Suara Hati.



Suara Hati ni..sebenarnya kita boleh mendengar kata isi hati seseorang.Wow!! best kan? Ala,macam cerita lakonan yang dilakonkan oleh si pelakon Dynas Mokhtar,tapi tajuk filem lupa pula,ehehe..Sorry yer.. Filem pada tahun 2000-an.


Seseorang yang boleh mendengar suara dari dalam hati tanpa orang itu berkata-kata.Dah macam cerita matsalleh pula kan? Tetapi,memang takda lagi orang yang boleh membaca isi hati dan Ina tak pernah jumpa lagi.Kalau jumpa pun,Ina tak taksub.Mungkin itu satu kelebihan kepada orang tersebut.


Perasaan orang yang mempunyai kelebihan tersebut


Tapi kan,kalau kita dapat dengar suara hati orang.Haru hidup.Orang ni melintas depan kita..tetiba terdengar orang itu merintih didalam hati. Bayangkan 10 orang melintas dalam 1 minit didepan kita.Boleh pecah kepala ni memikirkan masalah.Hahaha..silap-silap boleh jadi gila.. 


Hanya orang terpilih sahaja


Yup..hanya mereka yang benar-benar hati bersih sahaja akan di kurniakan kelebihan sebegini.Dengan izin allah s.wt.

Hmm,jauh betul kan Ina fikirkan benda sebegini.Ehehehe.. banyak pengaruh filem luar kan Ina ni.Muehehehe..

Bagi Ina,orang yang sehebat begini.Tentu sahaja banyak dugaan yang dialami dalam kehidupan sehariannya.Macam rezeki juga,sebelum allah kurniakan rezeki.AKan Allah hadirkan terlebih dahulu dugaan yang kuat sebelum kita memiliki rezeki tersebut. Hmmm.. begitulah.

Okaylah korang.Saja nak sembang petang ni.Sebab benda ni sudah lama dah bermain di fikiran Ina.So,Ina luahkan di sini pula.Ehehehe..Terima kasih kerana sudi membaca tajuk yang merepek ini.



type='text/javascript'>