Ibarat tersesat di Pulau



Ahhh...TIDAK! Geram betul lah. Sakit hati kita tau.Jerawat habis naik di sekitar pipi.Dah macam mana kan? Muka terlupa cuci sebelum tidur.Malam ahad yang lepas.Oppps! Kebiasaannya,setiap malam sebelum tidur,rutin Ina ialah akan mencuci wajah dan memakai toner dan krim.

Tersadai di Bukit Sekilau

Sebenarnya..,Ina bukanlah jenis yang tidak suka mencuci wajah.Tetapi ada kisah di sebaliknya. Huhuhuhu..Dugaan betul lah.

Oh..kisahnya begini.Ahad lepas Ina sekeluarga pergi ke Taman Zoo Mini Teruntum.Kebetulan hari masih awal lagi,terus singgah ke rumah makcik suami.Cadangnya nak balik ke rumah selepas maghrib.Tetapi entah macam mana pula,kereta suami tak dapat di hidupkan.Alamak! Maka terpaksalah kami sekeluarga tidur disini.


Ibarat berada di Pulau


"Kami sehelai sepinggang"
Nak menangis masa ni tau.Pampers anak memang tak bawa langsung,walau sekeping.(tapi kan,sebelum sebelum ni,memang ina akan spare sekurang sekeping dua jika ada pergi berjalan sekitar dalam bandar Kuantan sahaja..tetapi kali ini..memang pelik!). 

Nasiblah anak-anak sudah mandi sebelum keluar dari rumah tadi. Huhhh~~ tapi yang tak best.Si kecil pula yang berak.Oh no no no..Duit? Memang kebetulan sangat-sangat dalam purse cuma ada sekeping sahaja note  RM 10.(Duit memang tak bawa keluar haritu) Sebab fikirkan suami mesti bawa lebih niiihh.Tehehehe..

Suami? Harapkan kat Ina pula dah.Haihh lah nasib.Mesin ATM dah lah jauh.Huhuhuhu..sabar jerlah.Terpaksa tebalkan muka.Pinjam sekejap dari makcik suami.Huhuhuuh..

Lepastu,suami terpaksa lah berjalan kaki keluar untuk membeli pampers anak Ina dan makan malam kami sekeluarga. 


Tiada liputan telefon 


Part yang paling sedih sangat ni.Telefon Ina kehabisan bateri untuk satu malam.Charger pula tak bawa.. Nasib baik sangat,hanya semalaman sahaja.Huhuhu.. Nampak tak macam mana pentingnya alat perhubungan masa ni kan? Teramat penting.Sudahlah keesokan harinya..Ina perlu berada di rumah mak bagi menyiapkan kelengkapan apa yang patut.Huuuhhh..dugaan kali ini lain macam..Ermm.


Alhamdulillah,keesokan paginya.Ina menghubungi abah menggunakan telefon suami.Abah datang jemput pagi itu juga,kami anak beranak.Syukur!

Okay..kes sekarang ialah.Jerawat ni masih tak settle lagi.Masih ada sebiji dua.Mujur juga ada Pencuci muka yang telah dikhaskan untuk kulit berjerawat.Boleh lah Ina gunakan.Alhamdulillah.. 

type='text/javascript'>