Jalan-jalan shopping

Alhamdulillah, semalam.Seronok betul Ina dan anak-anak hangout bersama adik-adik dan juga mak abah.Inilah antara aktiviti Ina pada setiap bulan kami sekeluarga.







Orang Lelaki Tak Suka Shopping


Sebenarnya,bukan apa.Aktiviti sebegini Ina bersama mak dan abah serta adik beradik sahaja.Suami tidak berminat akan hal shopping macam ni.Ehehehe.. orang lelaki kan.Mana nak,berjalan sana sini.Jadinya,lebih baik Ina pergi bersama keluarga Ina sahaja.Maksud Ina disini,hanya segelintir sahaja lelaki yang tak suka shopping,bukan semua lelaki.


Shopping sakan


Petang semalam baru lah keluar.Sebab menunggu adik yang bawah Ina tu pulang kerja.Itu pasal lah kami keluar petang.Ehehehe..

Ina suka sangat,kalau keluar bersama adik-adik perempuan.Sedap nak minta pandangan.Teheheh..Puashati lah.


2 buah Shopping Complex dan 1 kedai Cermin Mata



Tujuan asalnya,mak nak membeli barangan dapur dan Ina macam biasa lah.Setiap bulan memang akan membeli Shawl.Heeehhh.Memang gila lah,kalau bab shawl ni Ina.Sempatlah rembat 2 helai jer shawl..,untuk di pakai harian.Untuk Shawl Raya Ina sudah ada,tempoh hari SofeaRose yang sponsor.Alhamdulillah..


Mak pula,sempat grab baju jubah di kedai arab.Dapatlah sepasang jubah pada harga RM 120.Huhuhu.. Okaylah tu kan? Tapi nak dapat baju raya mak lah,sampai 2 buah Shopping Complex,baru jumpa tau.. tapi,tak kisah pun.Anak-anak mak dan cucu p teman dengan ikhlas hati.






Sempat juga,Ina grab 2 batang kayu sugi ni tau.Ehehehe,dah alang-alang masuk ke kedai Umrah dan Haji.Bersugi lah Ina dan anak-anak mulai sekarang.Nak hidupkan amalan sunnah dalam keluarga kecil Ina ni..



Over Bajet pulak!



Dan,tak lupa juga.Kali ini,nekad ina nak tukar penampilan pula.Tukar cermin mata sahaja.Harga? RM 360.. tersasar bajet..(terpaksa korek la duit dalam bank juga..Hukhukhuk)..sedih tau.Harap suami Ina tak baca lah entri yang ini yer.Guna duit hasil kerja-kerja Ina ni..bukan duit suami.Sekurangnya,nampaklah hasil titik peluh Ina duduk mengadap skrin Tv menaip segala entri di blog ni.Tehehehe..,alhamdulillah.

Tengok dalam iklan,harga serendah RM 68.Tetapi,mungkin itu bagi mereka yang mempunyai power cermin mata yang rendah tahap rabun.Ina? Tinggi la juga.Takpelah, lepasni Ina nak kena rajinkan diri guna Tips Untuk Turunkan Rabun


Selepas siap semua hal diatas,baru lah kami pergi dinner terus.Ehehehe..awal sedikit makan malam kami semalam.Upah perut masing-masing.Setelah separuh hari berjalan shopping yer.Ina? sakit sangat bahu,duk kendong Furqan yang berusian 1 tahun 7 bulan ni..adeiii! Jika dibiarkan berjalan,entah bila boleh sampai ke semua tempat tu..huhuhu.Silap-silap,semua mall tutup agaknya,barulah sampai.
type='text/javascript'>