Ramadan (2018) Kali Ini Waktu Yang Amat Singkat - Beauty dan lifestyle

Ramadan (2018) Kali Ini Waktu Yang Amat Singkat

Hai kesayangan semua. Agak sedikit sibuk lately sepanjang bulan Ramadan ni.Masa betul-betul mencemburui dengan Ina ni tau.Rasanya,masa agak pendek sepanjang bulan puasa (2018) ni kan? Eheheeh..Ker perasaan Ina sorang jer ehhh?

Amalan di Bulan Ramadan


Sepanjang Bulan Ramadan ini,tak lupa juga ina untuk membaca Al-Quran.Sekarang sudah memasuki surah Yusuff pada hari ke -8 berpuasa.Alhamdulillah..Syukur sangat.Ina baca jer berapa muka surat.Selagi anak tak menganggu.Dhuha pun,insyallah.Tengah Istiqomah..walaupun sibuk dengan anak-anak yang makin membesar.Ada juga masa untuk ina beribadat kepada Allah S.w.t.


Dhuha bukan sahaja untuk meminta rezeki kekayaan semata-mata.Malahan sebaliknya,mohonlah kepada allah di dalam solat Dhuha tersebut.Ingat! Yang penting kena niat dengan betul.Jangan solat Dhuha semata mata untuk mengejar keduniaan sahaja.




Waktu cepat berlalu di Bulan Ramadan

 Pagi nak ambil anak balik sekolah lagi,pastu pergi pasar beli lauk basah untuk berbuka nanti.Sedar tak sedar,dah masuk Zohor.Juadah untuk berbuka Ina memang masuk ke dapur dalam jam 3.30 petang.Siap masak lebih kurang 4.30 petang.Dah mula berasap dapur.Mesti korang kata awalnya kan? 

Insiden Berpuasa


Hahaha..,disebabkan insiden tahun lepas.Memang dah fobia nak memasak lambat.Seperti tahun lepas.. Ina start memasak pada jam 5 petang,iaitu selepas asar.Bayangkan,tengah ligat di dapur.Bolehlah pula  Pekerja kementerian atau persendirian yang buat pengumuman supaya keluar dari rumah dengan kadar segera.Maklumlah,mereka ingin menyembur nyamuk.

Memang kena lah keluar dari rumah.Dengan asap tebal lagi tu.Tetapi kan, memang geram lah.Sakit hati sangat masa tu. Masa nak sembur nyamuk,masa tu jugaklah dia buat pengumuman.Sepatutnya, beberapa jam sebelum semburan di lakukan.Pengumuman perlu dibuat..Betul tak? 

Membeli Juadah untuk berbuka


Bising lah suami Ina tu,dah terpaksa kami beli bungkus sahaja untuk berbuka.Huhuhuh.. Dari nak berjimat,jadi lah membazir.Huhuhu.. 2kali membeli dah.Maksudnya,pagi dah beli barangan dapur dan petang pula kena membeli juadah berbuka.Huhuhu..Redha jerlah Ina.Mungkin ada hikmah disebaliknya..


Pengajaran



Sebenarnya,ada bagusnya juga berlaku seperti kes tahun lepas.Ini membuatkan Ina semakin rajin untuk memasuki ke dapur awal waktu.Kehkehkeh..Eh..,betul lah.Tapi kan,tahun lepas tu.Ina sedang mengandungkan Furqan.Kandungan mencecah 6 bulan.Perut masih kecil lagi.Tapi kan,masa tu jugak memang tengah rajin duduk di dapur.Banyak ambil tempahan biskut raya dari kawan-kawan suami dan kenalan di Facebook.


Tahun lepas juga,banyak beli bungkus menu berbuka.Tetapi bukan setiap hari lah.2 minggu nak dekat raya masa tu..Order asyik masuk.Nak tolak.Kesian..nak tolak,kawan-kawan pula.Jadi masa tu lah,Ina tiada masa nak memasak juadah berbuka. Ada yang datang pickup sendiri Biskut Raya di rumah.Malam-malam.. mujurlah ada suami tolong susun Biskut raya.


Ramadan (2018) Kali Ini Waktu Yang Amat Singkat Ramadan (2018)  Kali Ini Waktu Yang Amat Singkat Reviewed by azlina ina on 10:13 AM Rating: 5

4 comments:

  1. Replies
    1. takbuat.. anak tengah melasak. Suami suruh beli jer tahun ni

      Delete
  2. best yer ina. supportive suami tolong susun kuih raya. tahun ni huda malas sgt masak. beli dan berbuka di luar. maska baru sekali dua, menu simple2 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe..Rajin lah,sebab suami yang tolong kutip order.Hihihi..

      Delete

Powered by Blogger.