Beraya Dan Makcik Bawang

Bawang memang tak dapat dipisahkan dengan makcik makcik atau pakcik.Tidak dinafikan memang spesis begini jenis yang tidak sayangkan mulut.Huhuhu.. Apa yang di maksudkan membawang tu? Bagi yang tidak tahu,membawang adalah kata sindiran bagi mereka yang suka menjaga hal dalam kain orang lain. Ekekeke... Tapi,betul lah tu..


Kategori bawang sangat banyak lah.Macam bawang yang kita gunakan di dapur untuk masakan juga.Bawang kecil,bawang besar,bawang holand,bawang india (merah),dan bawang putih.Heeehhh.. Semuanya sesuai dengan usia mereka yang membawang.Paling bahaya sekali bawang Holand lahh..,ia spesis sama level dengen pangkat nenek.Sekali yang di bawangkan meresap sampai ke tulang hitam tau.Hahaha.. 



makcik bawang





Penyebab Utama Tak Suka Pergi Beraya 



Sambil beraya,sempat lagi membawang.Habis dicanang kisah orang kepada orang-orang yang dia pergi beraya tuhh..


Ini salah satu punca golongan muda kurang suka berkunjung ke rumah saudara mara.Tak di nafikan,membawang bukan hanya sekadar di belakang si polan sahaja.Malahan,depan si polan pun masih membawang.Huhhhh.. Betapa teruknya golongan ini.Semoga dijauhkan dari mereka-mereka yang mempunyai perangai sebegini.



Situasi 1 :

Seperti semalam,Ina terbaca satu status rakan di facebook.Kata rakan Ina tu.. antara perbualan dia dengan seorang makcik.



Makcik : Sorang lagi ker? Bila nak berdua? Umur semakin tua. Takut nanti,tak subur pula.Tengok anak makcik,anak 2 dah ni..

Memang yang membaca pun,boleh menyirap darah tu..apatah lagi, rakan ina yang di bawangkan itu.Haihh.. Ini spesis Nenek bawang.Berani betul dia ni.. Memang jenis tak sayang mulut agaknya. Orang kata,kerana mulut badan binasa. Mungkin belum buku bertemu ruas agaknya.. ermm.  



Situasi 2 :


Bagi Ina ini tak terkesan sangat. Raya kedua pergi beraya,seorang makcik menegur Ina..


Makcik bawang : Ehh,mengandung pula ker?

Ina : Tak lah,baju blouse ni jenis besar di bahagian perut.. style kembang.Jadi,nampak lah seperti mengandung. ( nampak tak kegigihan disitu,dengan begitu details sekali ina duk explain..ekeke)

Makcik bawang : muka merah,macam malu kot.Akibat kelancangan mulutnya berkata-kata.



Kesimpulannya disini,tak salah jika makcik bawang atau pakcik bawang ingin bertegur sapa sekalipun.Tetapi,janganlah sampai boleh menjatuhkan airmuka seseorang.Kesian mereka tu tau.. huhuhu.Hal yang sensitif,usahlah di jadikan tajuk perbualan.


Dan,kepada mereka yang menjadi mangsa makcik dan pakcik bawang di nasihatkan agar bertenang.Jangan perang mulut.Moga kifarah akan menanti mereka (makcik bawang) kelak.Insyallah.. 



type='text/javascript'>