Carilah Lailatul Qadar di 10 Malam Terakhir Puasa

Assalamualaikum,hai korang.Macam mana berpuasa? Kita dah masuk 19 Ramadan ni.Maknanya ada lagi berbaki 10 hari lagi berpuasa.Lailatul Qadar akan muncul pada 10 hari akhir Ramadan.. Bersediakah kita semua?


Rasa sedih pula,apabila mengingatkan bahawa.Ramadan akan meninggalkan kita semua dah tak lama lagi.10 hari sahaja.Ermmm.. Kalau kita di berikan rezeki untuk berjumpa malam Lailatul Qadar apa perlu buat? Hurmm..



Lailatul Qadar


lailatul qadar




Lailatul Qadar ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.


Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.


Petanda Malam Lailatul Qadar



Pada malam al-Qadr, Allah سبحانه وتعالى menyuruh Jibril turun ke bumi. Lalu turun Jibril dengan perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau. Lalu dipacakkan di atas Kaabah.

Malaikat mempunyai 600 sayap, setengahnya tidak dibuka kedua-dua sayapnya, melainkan pada malam al-Qadar. Ketika dibukakan kedua-dua sayapnya itu, ia boleh mencapai hingga sampai dari timur ke barat (Masyrik ke Maghrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad.

Lalu, mereka memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada Lailatul Qadar beribadat kerana mencari keredaan Allah سبحانه وتعالى. Begitu juga kepada orang yang duduk beribadat, solat, berzikir dan berjabat tangan sesama mukmin serta mengucap amin doa orang mukmin hingga terbit fajar Subuh.

Ketika terbit fajar malaikat Jibril pun menyeru kepada para malaikat: “Ar-Rahil! Ar-Rahil!” (Pulanglah! Pulanglah!).

Kepulangan mereka ke Arasy inilah yang menjadikan suasana pagi berikutnya kelihatan redup dan nyaman walaupun matahari kekal menyinarkan cahayanya.








Bertemu Lailatul Qadar


Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:


“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat?Baginda menjawab: “Bacalah:



للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى



“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”


(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)




Terjaga Sahur awal


Sahur pagi tadi,bolehlah pula Ina bermimpi barang akan sampai ke tangan Ina ni selepas 18hb.Erkk..,barang apa lak kan? Huhuhu.Selepas bermimpi itu,terus Ina bingkas bangun untuk bersahur.Tengok jam di handphone,Ohh..,masih awal lagi ni.Jam menunjukkan 3.30pagi,dan tak lama tu.Ina di kejutkan dengan bunyi ayam berkokok.Bersungguh ayam tu berkokok di belakang rumah.Atau mungkin ayam tersebut di kacau ular ke apa kat luar tu ke? Ina tak tahu.


Ayam berkokok tidak seperti kebiasaan


Tak percaya lagi Ina,tengok lagi sekali jam.Eh,betul ke tidak ni jam 3.30pagi tetapi bunyi ayam macam kul 6 pagi.Dan suami Ina turut sekali bangun.Lantas Ina meluru ke dapur,memasak nasi terlebih dahulu untuk makan sahur.Perut Ina memang penuh kemelayuan,memang tak boleh skip langsung nasi ketika bersahur tau.


Setelah selesai bersahur pagi tadi.Ina bingkas mengerjakan solat sunat bersama suami.Selesai solat,kami sambung membaca al-quran lagi.


Sempatlah juga,Ina mengintai di luar tingkap rumah.Tetapi apa yang Ina perasankan.Suasana di luar rumah,deretan di perumahan belakang ada cahaya jingga.Iyalah,sebab belakang rumah tu kawasan bukit.Dan berbeza suasana dengan lampu di bahu jalan yang bewarna oren.Adakah malam tadi ialah lailatul Qadar yang kita semua sering tertunggu?


Apapun,di 10 malam terakhir ini.Pastikan korang memperbanyakkan melipat gandakan dengan solat-solat sunat,membaca al-quran dan juga basahi lidah dengan berzikir.Okay.. rebutlah peluang ini.Ramadan dah taklama lagi nak meninggalkan kita semua.



type='text/javascript'>