Mimpi Ngeri - PELARIS KEDAI MAKAN Mimpi Ngeri - PELARIS KEDAI MAKAN - Beauty dan lifestyle

Mimpi Ngeri - PELARIS KEDAI MAKAN

Semalam,Ina bersama anak-anak terjah  ke kedai makan.Plan asal malam tadi ialah nak pergi beraya bersama suami.Tup-tup suami sakit,tekanan darah tinggi dia naik.Jadinya,taknak hampakan anak-anak.Bawalah anak anak makan malam.Akhirnya,jumpa satu kedai di satu  tempat yang agak suram.


Seperti biasa,setiap kali sebelum memasuki mana-mana kedai.Ina akan bacakn terlebih dahulu ayatul Qursi. Dan hembus bagi mengesan,mana lah tau.Kot-kot  kedai yag kita pergi tu,mempunyai pelaris kedai.Huuuuhh! Tetapi kan, Ina tak perasan pula,samada ada ke tidak angin yang terpa ke muka Ina masa tu.Sebab kesibukan melayan anak-anak yang tak sabar ingin memasuki kedai tersebut (puas mama berkejaran dengan anak-anak,mungkin mereka dah tak sabar nak makan kott..tehehe).Lagipun sebelum sampai ke kedai makan ni pun Ina sempat singgah ke 2 stesen minyak untuk keluarkan wang di mesin atm.










Menu Di Kedai 


Ada masakan panas dan Mee Kari kata adik yang ambil order.

Kami memesan makanan seperti Mee Kari,Mee Goreng dan Sup Ayam. Mee Kari tu ina memesan 2 mangkuk ( satu untuk abah , Ina sendiri),Mee Goreng ( sara share dengan Soffea dan Furqan).Sup Ayam untuk Furqan hirup sup.Air Sirap,Air Bandung dan jug air suam.





Em..,setelah beberapa minit kami pesan makanan.Makanan pertama yang sampai ialah Mee Goreng.Bisik hati Ina..Eh,sedap ni.(memang baca bismillah dan doa ni Bismillahillazzi La Yadurru Maasmi Syaiuun Fil Ardhi Walla Fissama~Iwahuwassami Ul Allim) . Ayat yang ina baca ni ayat pendinding dalam bahasa rumi.



Dan seterusnya,Mee Kari pun sampai.Beserta Sup Ayam yang di pesan tadi.Dan kesemua pesanan sangat enak.Huhuhu.. Dalam tengah enak menjamu selera..sempat lagi...,



Dalam hati berkata-kata :





" Janganlah memakai pelaris pula,naya kami sekeluarga nanti".Ehhh..tiba-tiba kan? Tipikal melayu.




Okay,semua makanan licin dikerjakan oleh kami sekeluarga..teheheh.






Keadaan kedai Makan





Sebuah kedai yang terletak di kampung sahaja.Yang mana keadaan sekitar kedainya agak suram.Walau kedai makan ini mempunyai lampu,tetapi tetap nampak suram..suram dan seram okayyy.



Di belakang kedai nya semak dan agak gelap.(Boleh nampaklah,sebab kedai makan ni jenis open).Dan tempat cuci tangan iaitu sinki berada di tepi kedai.Itu yang boleh nampak semak samun di belakang kedai ni.Gelap dan agak menyeramkan..Eehehe.Ina jer kot yang seram.Korang tak tahu lah tu kan.




Ohh,sempat lagi anak sulung ina.Sara menegur semasa awal sampai tadi.Antara dialog Sara dan Ina.


Sara :"Mama,tu apa kat belakang kedai tu? Cuba mama tengok." 


Ina : Dah rasa lain macam ni.. Dan..

Ina pesan pada Sara tu.."Dahlah,tak payah lah tegur.Biarkan sahaja".


Sara : Okay mama. 




Sara ni memang mata jenis tak bertapis..ehehe. Biasalah budak yang lahir tak cukup umur,memang hijab dia terbuka.Jadi apa-apa,memang dia akan nampak terlebih dahulu.

Pernah makan di suatu kedai yang ada pokok pokok besar,sara sempat lagi menegur.. "Mama,ada mata intai kita makan laah."

Anak-anak tidur kekenyangan




Ohh,ini lain dari biasa.Tak pernah lagi berlaku seperti ini.Dimana selepas kami pergi makan di luar sana dan balik ke rumah,terus anak-anak tidur.Termasuklah Ina sendiri ni..berat sangat mata ni.Seperti ada batu menghempap atas kelopak mata.Mungkin terlampau kenyang agaknya.Ehehehe..Tapi Ina sorang jer yang belum tidur lagi.12 malam,barulah mata betul-betul sudah tak boleh tahan lagi ni..


Perempuan Berbaju Hitam Dan Muka Buruk



Okay,part ni memang ina benci.Walau doa dan wudhu sudah diambil sebelum tidur,tapi tetap bermimpi seram. Hahh? Dah macam mana kan? Mimpi yang sangat menyeramkan dan agak real.



Di dalam mimpi tersebut..



Suasana seperti di kedai yang ina makan malam tadi. Ya allah! Entah macam mana lah kan boleh berada disana lagi. Dalam mimpi tu juga,ina hanya seorang. 


Perempuan itu berbaju hitam,habis menutup seluruh tubuh badannya. Dan menutup sebahagian kepala dengan pakaiannya,seperti hoodie. Korang nak tau keadaan mukanya?? Buruk di bahagian pipi.Takde ulat,tapi hitam pipi nya..Eeeee,ngeri tau.Allah! ketika entri ina di tulis,masih terasa keseraman.


Entah macam mana,perempuan berbaju hitam tu seperti ingin bersembang dengan ina dan sesuatu mengemut di sekitar bahagian hidung dan atas bibir ina.Keadaannya seperti ada ulat ingin keluat dan ingin meletup di kawasan tersebut.Secara spontan melafazkan kalimah "ALLAHUAKBAR" di dalam mimpi dan alam nyata. Bingkas Ina tersedar dari mimpi seram tersebut.Dan memang betul ina lafazkan kalimah allah. Lantas ina meludah kiri kanan serta membaca ayatul Qursi.Hilang sedikit keseraman pada malam tadi,saat ina terjaga dari tidur.



Persoalannya...,adakah pelaris kedai tersebut memarahi ina? Dengan membaca ayatul Qursi di awal sampai? Atau mungkinkah Ina menganggu kedai mereka? Hmmm... Wallahualam. Dan sememangnya,malam tadi..si Furqan yang berusia 2 tahun merengek di tengah malam.Mungkin juga terlupa ina nak tukar ganti baju tidur sebelum dia tidur.. hemmm..













Mimpi Ngeri - PELARIS KEDAI MAKAN Mimpi Ngeri - PELARIS KEDAI MAKAN Reviewed by azlina ina on 9:53 AM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.