Tips Membeli Kerepek Sedap

Di bulan ramadan ni, kalau keluar dengan mak abah. mesti mereka akan ajak saya pergi mencari kuih raya kering seperti aneka kerepek, sama ada kerepek pedas atau kerepek ubi. Apa yang saya tahu, kerepek-kerepek sedap semua datangnya daripada negeri Johor. Ya, Johor memang kebanyakan hasilkan kerepek raya sedap . Kedai kerepek Ayer Hitam adalah tersedap, ini pendapat saya sahaja tau. Jom kita teruskan dengan tips membeli kerepek sedap. 



Alhamdulillah, semalam kebetulan nak membeli barangan bahan-bahan buat biskut raya. Semalam telefon adik bongsu.Plan memang nak ajak dia teman beli bahan-bahan untuk proses Biskut Raya ni. Kebetulan juga,mak abah pun memang nak keluar beli juga.Jadi,Ina pun tumpang lang mereka. Dah memang kebetulan kan.Tumpang jerlah kereta abah Ina tu.Separuh hari juga semalam keluar ke bandar.




kerepek raya




Banyak lah juga menyinggah sana sini.Untuk mencari bahan keperluan membuat biskut raya.Seminggu lagi nak beraya ni tau.Tapi Ina baru nak start panas oven.Huhuhuhu.. Gambar di atas tu,beli kerepek yang murah-murah jer. 4 bungkus kerepek,berharga RM 10.Puas juga kami sekeluarga duduk pusing-pusing di lokasi Taman Kerang tu.


Kerepek Raya dan kelengkapan Raya di Taman Kerang atau Pokok Buluh


Orang lama-lama,panggil tempat ni ialah Pokok Buluh.Sebab suatu masa dahulu,pokok buluh banyak disini..

Kalau korang nak tau,segala kerepek-kerepek boleh di beli di Taman Kerang ni.Antara Param (Pasar Ramadan) yang juga menjual kelengkapan Raya juga.Ada mahal dan juga murah.Kebanyak gerai disini menawarkan harga lelong pad malam raya.Huhuhuhu..Maka,korang bersedialah bersesak sesak yerr.Kikkikiki..Tapi pergi hari bekerja,kira okaylah.Takdelah  sesak sangat dengan lautan manusia ni.Kalau pergi malam,mak aihhh.Memang payah parking.Atas divider jalan pun orang parking kereta tau.Ehhh,maksud ina..pembahagi jalan yang tengah tu..yang rendah jer.. 



Tips membeli Kerepek



Bagi pendapat Ina sendiri.Mudah sangat nak tentukan sama ada kerepek itu sedap atau pun tidak.Ehehehe..Kalau korang macam mana? Cara Ina nak tentukan kerepek sedap atau tidak dengan melihat warna kerepek tersebut.Pucat ke? Hodoh ke? heee..Taklah,gurau jerlah.Cantik atau hodoh tu semua subjektif.Ada jer,kerepek cantik Tetapi tak sedap langsung.Tawar..ececececehh,cerewet tak Ina ni? Tetapi kita sebagai pembeli,kenalah bijak juga kan? Takkan nak beli yang tak sedap untuk dihidangkan kepada tetamu.


Nanti mulut bawang-bawang yang beraya tu p canang.Kata kerepek kat rumah si Polan ni langsung tak sedap lahh.Haihh.. kan? 


Okay,tip untuk tentukan kerepek sedap (maklumlah,terjah siang hari takboleh rasa..puasa kan?) ataupun tidak ialah dengan melihat warna kerepek tersebut.Warna yang terang,cantik warna nya.. kebiasaannya memang sedap.Cukup rasa dengan rempah.Ehehehe.. Itu jerlah kot tips membeli kerepek dari Ina. 


Serunding pun Ina beli packaging dalam plastik sahaja.Yang mana ia murah.RM 10 jer sepeket.. Jika di pasar Besar Kuantan takde jual dalam packaging kecil macam dalam gambar tu tau.Penjual disana menjual harga sekilo pada harga RM100/kg. Huihhh.. kami nak guna sedikit sahaja.Bukannya banyak.. Huhuhuhu.. Tapi nasib baiklah ada pilihan di Taman Kerang ni jer.Alhamdulillah,selesai membeli serunding dan juga kerepek raya.Tapi ini rasanya,first batch kot.Nanti suami pulak nak membeli malam raya.Heeeeehhh..






Hahhh..yang ni takde kena mengena dengan kerepek.Tetapi Soffea menangis (meraung sekejap,sampaikan teresak menangis tau) sebab tak dapat beli air balang di param tersebut.Huhuhuhu..Jam 2 petang kot.Param pun tak boleh lagi menjual air.Katanya peraturan bagi penjual param.Jam 3 petang,barulah boleh proses menjual dan membeli makanan di Param tersebut.Puas sudah merayu pada penjual air balang tersebut.Memang takboleh membeli..huhuhu.Ini di Param Kuantan.Param korang macam mana? 
type='text/javascript'>