5 BINTANG untuk Jurassic World : Fallen Kingdom

Jumaat lepas,sempatlah kami sekeluarga menonton wayang.Tiket 8.30 malam.. Wayang pilihan kami ialah Jurassic World.Tiket pula Mr.Z beli secara online sahaja.


Seperti kebiasaan kami akan membelikan popcorn untuk anak-anak 3 orang tu.Huhuhu.. Ina memang bawa anak-anak menonton wayang.Dari Furqan yang berumur hampir 2 tahun,Soffea 3 tahun dan Sara 5 tahun.Setakat ni,alhamdulillah.Anak-anak tidak meragam di pawagam. 


Baca artikel disini : Tips Bawa Anak Ke Panggung Wayang 




Jurassic World Fallen Kingdom



Permulaan cerita,pun sudah menarik.Adegan suspen diawal..sehinggakan ramai audien yang terkejut.Ehehehe..



Jurrasic World mengisahkan seorang wanta yang bernama Claire dan bersama kawan-kawan ingin menyelamatkan Dinasour iaitu hidupan beratus tahun yang hampir pupus.Dan ingin mengekalkan populasi hidupan tersebut pada zaman kini.

Kisahnya,bermula apabila Claire bersama rakan nya melawat ke kawasan hidupan yang mempunyai haiwan yang hampir pupus.Apabila  dua rakannya  memasuki ke kawasan tersebut. Berlaku penipuan disana,apabila.Penjaga hidupan disana tidak mengekalkan populasi tersebut sebaliknya menjual hidupan tersebut kepada negara-negara luar bagi tujuan komersial.Siapakah dalangnya? Korang nak tau lebih lanjut...sila terjah ke panggung wayang berdekatan..




Pandangan ina mengenai JURASSIC WORLD


Ada banyak scene yang menarik sepanjang penceritaan Jurassic World ini.Memang tidak membosankan,malahan anak-anak ina semuanya ralit menonton wayang begini. 


Dan sebolehnya,adegan bercium sepatutnya tiada langsung dalam mana-mana babak.Iyerlah kan? Cerita ni tontonan umum kot.Di bawah label U.. hmm..,apa apa pun, sebagai ibu bapa penjaga..korang kena pandailah tutup mata anak-anak tu..hekhekhek.. 





Okay..kat bawah ni..ina sertakan sekali Thriller Juraasic World Fallen Kingdom..lepas korang tengok ni,confirm punyalah,korang nak juga menonton wayang.







type='text/javascript'>